TH rugi jual tanah TRX
KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengalami kerugian besar
sekiranya institusi berkenaan meneruskan hasratnya untuk menjual tanah
di Tun Razak Exchange (TRX).
Pakar Ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia, Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin berkata, pada ketika ini, sukar untuk mendapatkan tanah di tengah-tengah ibu kota.
“Di mana lagi (TH) akan mendapat tanah yang strategik untuk dibuat pembangunan di dalam Kuala Lumpur sekiranya tanah berkenaan dijual kepada syarikat lain,” katanya semalam.
Menurutnya, tanah tersebut sangat bernilai kerana lokasinya sangat strategik, iaitu terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Katanya, nilai hartanah tersebut akan meningkat berkali-kali ganda
sekiranya TH membuat pembangunan di situ tetapi ia akan mengambil masa
untuk mendapatkan hasil yang lumayan.
“Inilah dikatakan ‘land bank’ (tanah bank). Mana-mana syarikat yang melakukan pelaburan dalam sektor hartanah akan mendapat keuntungan yang banyak.
“Jadi, pembelian tanah TRX sebenarnya, dapat menjana keuntungan kepada Tabung Haji dan ia juga sekali gus menguntungkan pendeposit di dalam badan itu,” katanya.
Menurutnya, beliau agak sedih kerana badan tersebut mahu menjual tanah berkenaan kepada syarikat lain setelah menerima kritikan daripada masyarakat.
Katanya, umat Islam sepatutnya menyokong usaha yang dilakukan oleh TH untuk menjana pendapatan.
“Tabung Haji membayar dividen kepada pencarumnya setiap tahun. Jadi, selagi pencarum dibayar dividen, maka, badan itu perlu melakukan perniagaan,” katanya.
Beliau berharap badan berkenaan menarik balik hasrat mereka untuk menjual tanah TRX itu kepada syarikat lain.

0 orang berkata:
Post a Comment