Tabung Haji perlu dipisahkan dari orang politik
SHAH ALAM – Kontroversi pembelian hartanah 1MDB oleh Lembaga Tabung
Haji (TH) yang didedahkan hari ini adalah disebabkan penglibatan orang
politik di dalam pentadbiran tertinggi TH itu sendiri.
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik berkata, perkara itu berkait rapat dengan kedudukan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang merupakan ahli Parlimen Umno sebagai pengerusinya.
“Pelantikan orang politik sebagai Pengerusi TH hanya menimbulkan situasi 'conflict of interest' di dalam pentadbiran dan hala tuju LTH itu sendiri. Malah, kewujudan orang politik sebagai pengerusi TH akan hanya menimbulkan kesangsian dan keraguan para pencarum.
“Adalah tidak wajar bagi sesebuah institusi kewangan Islam yang memegang amanah para jemaah haji dari seluruh negara dipengerusikan oleh orang politik yang dilantik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Saya nafikan TH beli 2 unit, bukannya...]
Dr Maszlee yang juga Presiden Academic Staff Association (ASA) berkata, pengerusi TH itu akan dilihat sebagai mewakili kepentingan parti yang diwakilinya berbanding kepentingan para pencarum.
“TH sepatutnya dipengerusikan oleh tokoh-tokoh korporat berjiwa Islamik, bebas politik, yang telah terbukti kemampuannya dan mempunyai rekod yang diperakui oleh semua pihak,” katanya.
Isu membabitkan Lembaga Tabung Haji menjadi kontroversi apabila dikatakan terlibat dengan pembelian meragukan dalam 1MDB , namun dinafikan oleh pihak TH dalam satu sidang media hari ini.

7 orang berkata:
Pengerusi Tabung Haji yang berpendidikan tinggi dengan memilikki ijazah serjana dari sebuah Universiti paling terkemuka dari US?
Beli murah murah jual mahal mahal....INI kes PENCATURAN....hoi ...mana hassssssssssan malik
INI kes sama kes kepala ikan di Kelantan.
Kes PENCATUTAN
Kes PENCATUTAN
Beli murah murah jual mahal mahal....INI kes PENCATUTAN....hoi ...mana hassssssssssan malik

Post a Comment