• Pemberontak mula serang Arab Saudi Gambar fail menunjukkan pesawat yang musnah dibom Arab Saudi di sebuah lapangan terbang di Yaman, 5 Mei lepas. - Foto AP
1 / 1
RIYADH - ARAB SAUDI. Pemberontak Houthi dari Yaman mula membalas serangan udara tentera perikatan dengan melancar roket dan mortar pada Selasa.
Menurut AP, serangan tersebut menyebabkan tiga orang terbunuh manakala lima askar tentera perikatan ditangkap.

Beberapa penerbangan komersial dari Najran terpaksa dibatalkan manakala sekolah-sekolah ditutup.

Sementara itu, beratus-ratus penduduk Aden melarikan diri dari Yaman selepas pemberontak mula menawan bandar tersebut dan menembak secara rambang.

Media tempatan Arab Saudi mula menyiarkan beberapa rakaman menunjukkan kemusnahan disebabkan serangan mortar dan roket pemberontak.

Sebelum ini, tentera perikatan yang diketuai Arab Saudi mengebom lokasi pemberontak di Yaman dalam kempen serangan udara yang bermula pada 26 Mac lepas.