Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

2 ORANG AKAN LOMPAT PARTI ? DIA MENANG ATAS TIKET APA ? BOLEH TRANSFER G 18 ? NO, NO NO !

Tak perlu bubar Dun, Azmin boleh terus tadbir

Azmin Ali
Azmin Ali
 
SHAH ALAM – Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali masih boleh memimpin Kerajaan Selangor walaupun Pas secara rasminya sudah memutuskan hubungan politik dengan DAP.
 
Ketua Kluster Tadbir Urus, Undang-undang dan Pentadbiran Awam, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, Mohamed Azmin tidak menghadapi masalah yang besar meyakinkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah beliau masih mendapat sokongan majoriti untuk memegang jawatan menteri besar.
 
“Dun Selangor tidak perlu dibubarkan kerana PKR masih mendapat sokongan Pas dan DAP, walaupun dalam masa sama Pas dan DAP sudah tiada ikatan lagi.
 
“Jika PKR nyatakan mahu bersama Pas, mereka masih punya majoriti. Begitu juga sebaliknya jika PKR nyatakan mereka bersama DAP,” katanya.
 
Menurutnya, ketika ini tiada masalah besar untuk Dun Selangor berjalan dengan baik kerana wakil-wakil parti masih berpegang pada dasar persefahaman bersama.
 
Di Selangor, Pas dan DAP menguasai 15 kerusi Dun, manakala PKR pegang 14 kerusi.
 
Nik Ahmad Kamal berkata, keputusan Majlis Syura Ulama, Jumaat lalu tidak menjejaskan kedudukan Dun di Selangor, tetapi menyebabkan Pas berada dalam keadaan yang rumit.
 
“Keadaan akan menjadi lebih rumit sekiranya parti Gerakan Harapan Baharu (G18) ditubuhkan nanti. Ketika itu mungkin akan berlaku sedikit kepincangan dalam Dun Selangor apabila ada yang lompat parti,” katanya.

6 orang berkata:

mosabit said...

kalau dah tubuh parti baru..itu bukan lompat...itu ahli pas yg masuk parti baru otomatik telah terpecat dengan sendirinya dr pas....apa masalahnya??...

Anonymous said...

#PakKaramu...POLITIK, Inilah POLITIK, dalam POLITIK sebarang kemungkinan boleh berlaku. Apakah PakKaramu terkejut dan membebel. Soal bukan menang atas tiket "apa" tetapi dia "buat begitu". Kami puluhan ribu rakyat selangor sokong DUN PAS masuk G18.Jangan buat-buat TERKEJUT. Allahhuakbar!

Anonymous said...

Pakakarrmmuti ni dah terkejut beruk tenguk wajahnya pun seram.memang 2 akan lompat parti tetapi yang sebenarnay lebih daripada 2 orang akan meninggalakn Pas,Di selangor ni kau tunggulah siapa yng akan tingal dalam Pas ,yang lain semua lompat menyeberang kepada tempat yang terbaik dimata masyarakatdan insyallh akan diberkati allah.yang tinggal dalam Pas hanya muka seperti kau.

SuJeng said...

Yg pak karamu busy body knaperrrr...... Brapa juta kamu rugi??????

SuJeng said...

Yg pak karamu busy body knaperrrr...... Brapa juta kamu rugi??????

SuJeng said...

Yg pak karamu busy body knaperrrr...... Brapa juta kamu rugi??????

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.