Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAP KERJA KERAS, TARIK MELAYU DARI PKR ,.UMNO DAN MELAYU DALAM PAS

DAP: Sudah tiba masa tarik lebih ramai Melayu

Lim Kit Siang
Lim Kit Siang
 
SHAH ALAM – Selepas terputusnya kerjasama DAP dengan Pas, DAP berpendapat sudah sampai masanya parti itu menarik lebih ramai bangsa Melayu untuk menyertai perjuangannya.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dipetik sebagai berkata, ia merupakan langkah untuk mengekalkan sokongan orang Melayu terhadap parti tersebut.

Difahamkan, beliau berkata demikian selepas Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu (BPPNT) dan badan perhubungan Pas Pulai Pinang menyeru ahli-ahlinya mendokong penuh keputusan Majlis Syura Ulama mengenai pembatalan kerjasama politik parti Islam itu dengan DAP.

“Ini masanya untuk merekrut lebih ramai Melayu selepas Pas menyokong untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

“Pintu DAP sentiasa terbuka kepada semua bangsa Melayu yang mendukung impian negara bersatu dengan progresif dan makmur,” katanya kepada sebuah portal.

BPPNT semalam menyokong penuh keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan untuk menamatkan tahaluf siyasi dengan DAP.

Pesuruhjayanya, Satiful Bahri Mamat berkata, PasTerengganu juga bersedia menghadapi sebarang risiko yang akan tercetus hasil keputusan itu dan akan terus berpegang teguh dengan prinsip perjuangan Islam yang didokong selama ini.

Badan Perhubungan Pas Pulau Pinang juga turut menyeru ahli-ahlinya supaya mendokong penuh keputusan Majlis Syura Ulama itu.

Ketua Penerangan Pas Negeri, Mohd Yusni Mat Piah berkata, sebagai negeri yang terlibat secara langsung dalam pembinaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, sudah pasti keputusan majlis itu akan memberikan kesan kepada ahli dan pentadbiran negeri ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.