Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DEPA 'UZUR KOT !

Enam warga emas ditahan makan dalam kedai Cina

Enam warga emas ditahan makan dalam kedai Cina
Restoran yang didapati menjalankan perniagaan sebelum jam 3 petang.

ALOR SETAR - Enam warga emas tergamak makan dan merokok secara terbuka dalam sebuah kedai makan Cina tanpa segan silu ketika umat Islam sedang berpuasa di Tunjang, Kubang Pasu, awal pagi tadi.
Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, mereka yang ditahan berumur 50 hingga 60-an dalam Operasi Ramadan kira-kira jam 9 pagi oleh penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) bersama Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP).

"Sewaktu kedai makan diserbu, mereka berada dalam premis itu. Terdapat makanan dan minuman masih belum sempat dihabiskan berada atas meja di hadapan mereka.

"Bagaimanapun mereka memberi kerjasama baik, tidak melawan atau melarikan diri," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, surat saman dikeluarkan terhadap mereka yang terlibat supaya hadir ke pejabat agama selepas Aidilfitri  untuk diambil keterangan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 14, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana tidak berpuasa dengan makan dan minum secara terbuka ketika bulan Ramadan.

"Jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.

Dalam pada itu, MDKP turut mengeluarkan kompuan terhadap sebuah restoran di Napoh kerana menjalankan perniagaan makanan di bulan Ramadan sebelum jam 3 petang.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Cuba tanya kat depa.....
PRU13 dulu depa pangkah parti apa?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.