Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DISINI LA BERMULANYA, MUNGKIN PUTUS ITU SEBAB ADA ORANG PAS NAK TUBUH PARTI BARU ! TERBUKTI BENAR !!!

DAP silap langkah putus hubungan dengan Pas

DAP, Pas
DAP, Pas
 
BATU PAHAT - Pas mendakwa DAP tersilap langkah apabila memutuskan hubungan dengan mereka, kerana di negara ini semua kaum memerlukan antara satu sama lain.
 
Pas mengingatkan bekas rakan sekutunya itu, rakyat negara ini, terutamanya bukan beragama Islam, tidak akan kekal bersama atau menyokong DAP.
 
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tindakan 'cauvinis' DAP itu, akan membuatkan parti berkenaan terus mengalami pasang surut yang mula kelihatan sejak PRU13.
 
Menurutnya, hubungan itu terputus apabila DAP membuat satu kenyataan negatif iaitu mahu putuskan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan Pas.
 
Jelasnya, walaupun terputus hubungan dengan DAP, sebagai sebuah parti yang terbuka, Pas tidak akan bermusuh dengan masyarakat Malaysia yang majmuk.
 
“Kami masih terbuka kepada semua, termasuk NGO (badan bukan kerajaan) yang berpandangan positif kepada perpaduan selain menolak sikap cauvinis.
 
“Pas akan menentang sikap (cauvinis) itu, sama ada Melayu atau Cina dan masih berpegang dan menerima hakikat yang negara ini mempunyai pelbagai kaum,” katanya pada Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan 2.0 (Pihak 2.0).
 
Perhimpunan di Ayer Hitam, malam kelmarin itu dihadiri Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Naib Presiden Pas, Idris Ahmad; Ketua Dewan Ulamaknya, Datuk Mahfodz Mohamed; Ketua Pemuda parti, Nik Abduh Nik Aziz dan Ketua Muslimat, Nuridah Salleh.
 
Menurutnya, selain tidak bermusuh dengan kaum lain, pihaknya tetap berpegang ajaran Islam, teras kepimpinan negara dan agama Persekutuan, di mana DAP 'tidak lagi peduli' dengan hal berkenaan.
 
Katanya, DAP lebih mementingkan sesuatu kaum sahaja yang berada di bandar dan akan mempunyai masalah apabila berlakunya pilihan tempatan, di mana ia memerlukan pelbagai kaum untuk menang.
 
Tambahnya, mereka boleh sahaja bekerjasama dengan semua parti lain yang ingin membuat perubahan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.