Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

EXCO PAS BEKERJA ATAS RAKYAT DAN MEMIKUL AMANAH, KECUALI DISINGKIRKAN

Exco Pas Selangor dicabar letak jawatan

Noh Omar
Noh Omar
 
KUALA SELANGOR - Adun dari Pas dalam exco kerajaan negeri Selangor dicabar meletak jawatan susulan keputusan Majlis Syura Ulama parti itu membatalkan tahaluf siyasi dengan DAP. 
 
Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata, cabaran juga ditujukan kepada DAP supaya keluar daripada gabungan pakatan pembangkang sekiranya parti itu komited untuk tidak menjalankan sebarang kerjasama dengan Pas.

"Kita tidak mahu ini semua hanya sandiwara politik. Jika masih ada exco atau Adun Pas menyokong mereka (DAP) sedangkan jika (sudah ada) kata putus, Adun Pas (di Selangor) patut letak jawatan," katanya.  

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri program tadarus dan khatam al-Quran peringkat Selangor di Masjid Puncak Alam, di sini, hari ini.

Semalam, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata Pas di negeri itu akan meneruskan kerjasama dan hubungan dengan DAP di Selangor sehingga menerima arahan rasmi daripada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat berhubung tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan DAP.  

Iskandar berkata hubungan dan kerjasama itu diteruskan demi menjaga amanah rakyat yang diterima pada PRU13. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.