Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

G 18 AKAN TERSUNGKUR, AWAS LU !

Di mana tempat G18 dalam Pakatan Rakyat?

Wujudkah Pakatan Rakyat 2.0 selepas raya?
 
Gambar dari Facebook Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang membayangkan G18 bakal membentuk Pakatan Rakyat 2.0.
 
SHAH ALAM – Bekas pimpinan Pas yang menggelarkan diri mereka G18, yang masih memegang jawatan sebagai ahli parlimen parti Islam itu - perlu melepaskan jawatan mereka sebelum menubuhkan parti baharu.
 
Setiausaha Politik kepada Presiden Pas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, ini kerana ia akan menyebabkan kekeliruan terhadap perjuangan sebenar G18.
 
“Segmen pengundi dan kerusi manakah yang ditagih oleh kumpulan ini? Kerusi DAP? Kerusi PKR? Atau mungkin DAP akan bermurah hati memberikan kerusi mereka nanti... di Ipoh Barat kah, atau di Jelutong kah, atau di Kulai ?
 
“Tentunya G18 ini sedang senyum berkira-kira membayangkan menjadi ahli parlimen di kerusi ini! Atau ada yang sudah membayangkan untuk berpindah alamat rumah ke kawasan ini nanti. Selamat berpindah kawan-kawan,” katanya menerusi sebuah kenyataan, hari ini.
 
G18, sebuah kumpulan yang dianggotai oleh bekas pimpinan Pas yang tewas dalam pemilihan baru-baru ini membayangkan akan menubuhkan parti baharu bagi membentuk Pakatan Rakyat 2.0. 
 
Awal bulan ini, Pasma mengumumkan bakal bergabung dengan kumpulan G18 dalam usaha menggerakkan penubuhan sebuah parti baharu.
 
“Adakah kumpulan ini ingin mengambil kerusi Pas di Pantai Barat, sebagaimana yg pernah diuar-uarkan? Atau mereka berharap Pas akan menyerahkan kerusinya, untuk parti yang menjadi khadam kepada DAP? Tentunya berparanglah nanti keadaannya!," kata Ahmad Samsuri sinis.
 
G18 diterajui bekas Timbalan Presiden Pas yang tewas, Mohamad Sabu, selain bekas Naib Presiden, Salahuddin Ayub dilantik sebagai timbalan pengerusi manakala Suhaizan Kayat sebagai penolong setiausaha.
 
Kumpulan itu dikatakan akan mengadakan jelajah di seluruh negara, mempromosi kempen mereka untuk satu politik ‘Harapan Baru’ atau ‘Harapan dan Impian Baru’ selepas sambutan Aidilfitri.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.