Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

GHB TIDAK MEMBERI NILAI TAMBAH KEPADA PEMBANGKANG

Tiada tindakan ahli Pas sertai Harapan Baru

Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan

KUALA LUMPUR- Ahli Pas yang menyertai Gerakan Harapan Baru tidak akan diambil tindakan sehingga gerakan itu  ‎di daftarkan menjadi parti politik di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS)," kata Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan Tantawi.


Ujarnya, oleh itu setakat ini sebarang tindakan tidak boleh diambil kerana Gerakan Harapan Baru bukanlah sebuah parti.


“Gerakan Harapan Baru belum daftarkan gerakan itu sebagai sebuah parti di bawah ROS, jadi masih belum boleh diambil tindakan.


“Pas juga masih belum dapat aduan daripada ahli Pas berkenaan gerakan itu jadi jawatankuasa disiplin juga tidak boleh ambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa parti itu Plaza Hotel Kuala Lumpur.


Nasruddin berkata demikian selepas ditanya adakah Pas akan mengambil tindakan terhadap kumpulan ahli Pas yang mengumumkan penubuhan sebuah kumpulan  dinamakan "Gerakan Harapan Baru" hari ini.


Sementara itu, Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mana-mana ahli Pas yang bertindak mempromosi pembentukan parti lain atau berusaha untuk menarik ahli Pas lain untuk keluar dari parti akan digugurkan keahliannya secara automatik.


“Peraturan kita (perlembagaan parti) tidak membenarkan mana-mana ahli parti terlibat dengan mana-mana parti lain sama ada mempromosikan, parti baru atau mengeratkan  satu usaha ke arah ahli Pas keluar daripada parti.


“Ini bercanggah dengan perlembagaan parti, dan bagi Pas, kita minta ahli supaya tidak terlibat, dengan sebarang gerakan untuk melemahkan parti. Kita ada jawatankuasa disiplin yang bertindak jadi dalam hal ini kita harap semua pihak akur dengan keputusan muktamar,” katanya.


Manakala ketika menyentuh mengenai pembentukan Gerakan Harapan Baru, Tuan Ibrahim berkata gerakan itu tidak memberi apa-apa nilai tambah kepada muafakat pembangkang.


"Kumpulan ini tergolong dalam Pas. Jadi, tiada apa pun nilai tambah yang boleh diberi kepada pakatan pembangkang.


" Lagi pun gerakan ini berbeza dengan penubuhan PKR oleh Anwar Ibrahim dan Semangat 46 oleh Tengku Razaleigh Hamzah," Katanya

5 orang berkata:

SuJeng said...

Skrg baru ingat pasal perlembagaan yeaaa.... Masa kluar senarai chai tu... Ada ckp apa apa x????????

SuJeng said...

Skrg baru ingat pasal perlembagaan yeaaa.... Masa kluar senarai chai tu... Ada ckp apa apa x????????

Unknown said...

Steady mat sabu....biaq p la..pas kn parti pantai timur......sebelah barat kita jgn layan...

Hamba Allah said...

Alhamdulillah geng2 jebon kalah...jebon ni yg merosakkan parti

Anonymous said...

Menang pun guna cai. Membangun bersama kepimpinan Cai. Jadilah PASCAI. kah kah kah

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.