Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

low yat

18 ditahan timbul kekecohan di Plaza Low Yat

 Lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh Plaza Low Yat
Insiden berkenaan turut tersebar di media sosial. - Gambar Internet

KUALA LUMPUR - Seramai 18 individu termasuk peniaga ditahan bagi membantu siasatan kes kecurian dan rusuhan yang berlaku di Plaza Low Yat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata, kesemua yang ditahan itu berusia dalam lingkungan 16 hingga 40 tahun.


"Seramai empat individu termasuk tiga pengamal media cedera dipukul oleh sekumpulan lelaki berhampiran pusat membeli belah itu kira-kira jam 12 tengah malam.


"Kita telah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes itu," katanya.
  Katanya, sekumpulan lelaki lain menyerang sebuah kereta di Jalan Davis, Kampung Pandan pada jam 4.30 pagi.

"Dua penumpang yang menaiki kereta itu diserang oleh kumpulan tersebut," katanya.
  Beliau berkata, pihaknya telah menyediakan anggota yang secukupnya bagi mengawal keselamatan dan memantau keadaan di Plaza Low Yat.

"Keadaan masih terkawal dan keselamatan terjamin. Orang awam boleh berkunjung ke pusat membeli belah itu," ujar beliau.


Tajudin turut menasihati orang awam supaya tidak percaya berita khabar angin berkaitan kes di Plaza Low Yat yang tersebar di media sosial.


"Bermacam-macam perkara ditimbulkan oleh orang awam khususnya berkaitan perkauman.

"Orang awam perlu berfikir secara rasional. Mereka boleh dapatkan maklumat yang betul daripada pihak polis," katanya.


Beliau sekali lagi menafikan kes yang berlaku di Plaza Low Yat itu adalah disebabkan isu perkauman.


"Siasatan yang kita jalankan adalah kes kecurian telefon bimbit.
"Kita juga tidak menerima laporan daripada individu yang didakwa mencuri itu yang menyatakan dia ditipu ketika membeli telefon bimbit, walau bagaimanapun kita akan siasat jika timbul isu penipuan itu," katanya.

Dalam kejadian Sabtu lalu, polis menerima laporan kes kecurian pada jam 4.45 petang di Plaza Low Yat.


Orang awam menangkap dua suspek yang dipercayai terlibat dalam kes kecurian telefon bimbit.


Kedua-dua individu itu kemudian diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.
  Salah seorang daripada mereka telah dibebaskan, manakala seorang lagi ditahan reman sehingga hari ini untuk membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Individu yang dibebaskan bersama enam rakannya telah kembali semula ke pusat membeli belah itu dan dipercayai melakukan rusuhan di sebuah kedai jual telefon bimbit kira-kira jam 8 malam.


Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes rusuhan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147, 427, 379 dan 148 Kanun Keseksaan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.