Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MEMANG TIADA KERJASAMA DENGAN DAP, TAPI KERJASAMA DENGAN PKR HU HU HU DAN PKR SEPATUTNYA TENDANG PAS, TU BARU BETUL PAS BERMASALAH, POKOKNYA KITA CABAR PKR TENDANG PAS, ADA BERANI ?

Mahfuz: Putus dengan DAP beri kesan kepada Pas

Mahfuz Omar
Mahfuz Omar

SHAH ALAM - Keputusan memutuskan hubungan dengan DAP yang telah dicapai oleh Majlis Syura Ulama Pas, kelmarin, bakal memberikan kesan kepada parti itu.
Bekas Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, kesan yang dimaksudkan adalah mengenai kedudukan Pas dalam Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor.

“Apabila Pas sudah mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan DAP. Maka Pas seharusnya tidak bekerjasama dengan DAP dalam Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor.

“Jika tidak, rakyat akan melihat Pas sebagai hipokrit kerana masih terus dilihat mempunyai hubungan dalam pemerintahan Selangor dan Pulau Pinang,” katanya.

Menurutnya, kedegilan Pas untuk terus berada dalam kerajaan akan memberikan implikasi hilangnya undi teras kepada parti itu.

“Majlis Syura Ulama Pas juga telah menyerahkan keputusan kepada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat untuk dilaksanakan mengikut kesesuaian dan keperluan politik semasa.

“Jawatankuasa Kerja Pas Pusat perlu menentukan dengan bijaksana apa yang perlu dilakukan dengan ahli Pas yang masih berada dalam Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang.

“Saya hanya memberikan pandangan bahawa ahli Pas perlu berundur daripada kerajaan. Terpulang kepada mereka,” katanya.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Takburnya... cabar sana sini.

Anonymous said...

Udahlah Pak Karamu tunggu aje lepas aidilfitri ni. Jangan nak cabar sangat tak baik takbur.

Unknown said...

Pkr bkn bengong mcm ular dalam semak.....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.