Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MEREKA DIPECAT ATAS PILIHAN SENDIRI

MEREKA YANG KENA PECAT ELOKLAH BUKA CAWANGAN SENDIRI, BELOM LAGI DIDAFTAR SUDAH ADA DUA ORANG AHLI PARLIMEN PADA KUMPULAN TERSEBUT, ITU KIRA HEBAT LA TUH ! Pak Karamu

Pas Selangor pecat ahli sertai Harapan Baru





Mohd Khairuddin Othman


SHAH ALAM - Pas Selangor hari ini mengumumkan penamaan keanggotaan beberapa ahli parti itu kerana didapati terlibat dalam sebuah pergerakan dikenali sebagai Gerakan Harapan Baharu (Harapan Baru).

Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata penamatan keanggotaan mereka adalah mengikut Fasal 13(1)(c) Perlembagaan Pas.


"Pas Selangor mengambil maklum tentang penubuhan parti politik baharu ini yang mana sebahagian besar daripada jawatankuasa mereka adalah bekas ahli kita di Selangor.


Kita hormati keputusan mereka dan ini sekali gus menamatkan keahlian mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Sehubungan itu, Mohd Khairuddin berkata kesemua jawatan yang dipegang bekas ahli berkenaan akan dipangku serta-merta oleh kepimpinan yang lain mengikut kaedah perlembagaan parti.

Antara yang dikatakan hadir pada majlis pelancaran pergerakan itu hari ini adalah
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad, bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud dan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.