Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MEREKA PERLU HILANG DARI PAS

HANGPA BOLEH FIKIR MEREKA BEKERJA UNTUK SIAPA ? KETUANAN MELAYU ? KETUANAN ISLAM ? SEBAB TAK FIKIR PANJANG MEREKA TAK SEDAR DIPERHAMBAKAN ! - Pak Karamu

Asmuni, Nizar terajui Harapan Baharu





Asmuni Nizar




IPOH - Gerakan Harapan Baru (Harapan Baharu) Negeri Perak menampilkan bekas Bendahari Pas Pusat, Asmuni Awi ‎sebagai penyelaras sementara Adun Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dilantik sebagai Timbalan Penyelaras. 

Asmuni yang dihubungi Sinar Harian‎ sebentar tadi berkata, selain Mohammad Nizar beberapa individu yang merupakan bekas pimpinan Pas negeri turut dipilih  mengisi jawatankuasa Harapan Baharu Perak. 


Katanya, antara individu yang berada dalam jawatankuasa itu termasuklah bekas Yang Dipertua Pas Tambun, Dr Khairuddin Abd Malik; bekas Adun Lubuk Merbau,  Mohd Zainuddin Mohd Yusof dan bekas Bendahari Pemuda Pas Pusat, Fakhrulrazi Mokhtar. 


Semalam, beberapa bekas pemimpin kanan Pas melancarkan Harapan Baru untuk menyatukan semula parti politik pembangkang.


Pengerusi jawatankuasa penajanya, Mohamad Sabu berkata, gerakan itu akan menjadi wadah bagi menyatukan semua parti politik bawah naungan Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini, serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sealiran dengan ideologi mereka. 


Dalam perkembangan berkaitan, ujar Asmuni lagi, senarai penuh ahli jawatankuasa akan diumumkan dalam masa terdekat dan kebanyakan mereka yang dilantik telah menyatakan persetujuan untuk memikul tanggungjawab. 


"Kita akan memperkenalkan barisan ahli jawatankuasa Harapan Baharu bagi negeri Perak pada 26 Julai bersama-sama pimpinan pusat yang dijangka diadakan di Ipoh.‎ 


"Setakat ini, maklum balas yang kita terima daripada penyokong sangat positif, malah mereka tidak sabar menantikan parti baharu yang bakal ditubuhkan nanti," katanya.

3 orang berkata:

XUMNO said...

Jekaslah selama ini apa2 yang diucapkan, apa2 yang dipamerkan, apa jua perangai yg ditunjukkan oleh Mat Sabu dan germbolannya adalah pembohongan dan penipuan semata2, dan mempunayai niat jahat terhadap jamaah islam yang diterajui Pas. Rupanya mereka adalah parasit2 perosak yang ditanam okeh musuh2 Pas bagi melemah dan menghancurkan Pas dari dalam. Allah telah membogelhan wajah sebenar mereka dengan tidak membenarkan mereka menang dalam pemilihan baru2 ini supaya umat melayu dan islam tidak terpedaya dengan tipu muslihat jahat mereka. Hanya mereka yang masih bebal akan terpedaya menyokong puak2 ini.

Unknown said...

Belajarlah berpolitik...
jangan mudah menghukum orang lain kerana dia tak sependapat dengan kita...
takut takut kita yang termasuk perangkap. ..

Unknown said...

Belajarlah berpolitik...
jangan mudah menghukum orang lain kerana dia tak sependapat dengan kita...
takut takut kita yang termasuk perangkap. ..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.