Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS BAGAN DATOK MENAGIH CINA BAGAN DAN HINDU ESTAT ?

Pas K.Kangsar sokong putus hubungan dengan DAP

Pas
 
SHAH ALAM – Pas kawasan Kuala Kangsar hari ini menyatakan sokongan penuh ke atas keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan hubungan antara Pas dan DAP.
Yang Dipertua Pas kawasan Kuala Kangsar, Dr Raja Ahmad Iskandar berkata, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama Pas bukannya keputusan ‘terpilih’ atau melibatkan orang-orang tertentu sahaja tetapi ia jelas adalah bagi memelihara keutuhan Parti.

“Sepatutnya semua peringkat Parti perlu tegas mendokong keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang telah diterima usul yang dibawa di dalam Muktamar Tahunan Pas tempoh hari tanpa bahas.

“Sebagai ahli Pas, sudah semestinya kita perlu patuh dan taat dengan keputusan yang telah dibuat oleh badan tertinggi di dalam Pas,” katanya menerusi sebuah kenyataan, hari ini.

Katanya, sokongan tersebut dibuat bagi membuktikan bahawa Pas adalah sebuah parti politik yang berintegriti dan tegas di dalam sebarang keputusan yang diambil.

“Pas adalah sebuah parti yang berprinsip atas dasarnya dan tidak akan tunduk dengan sebarang kecaman pihak luar terhadap kepimpinan dan dasar kita selama ini.

“Malah ia juga bagi membuktikan bahawa Pas bukan mementingkan kuasa dan jawatan tetapi integriti dan matlamat prinsip perjuangan yang jitu,” katanya lagi.

Beliau dalam pada itu menyeru Pas kawasan Negeri Selangor supaya turut sama akur dengan keputusan tersebut.

“Ia membuktikan bahawa Pas tidak mengharapkan kedudukan di dalam Kerajaan Negeri yang diketuai oleh DAP ataupun yang disertai oleh DAP.

“Keputusan memutuskan kerjasama dengan DAP adalah komitmen yang paling tinggi yang harus dilakukan oleh ahli parti dan ianya adalah keputusan yang berat bagi memartabatkan syiar Islam,” ujarnya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Parti baru yang bakal ditubuhkan selepas hari raya ini nanti juga tidak memerlukan simpati daripada Pas. Minta supaya pemimpin Pas masa kini tidak menabur fitnah lagi pada kepimpinan parti baru ini nanti. Takut nanti jika Pas dianggap sebagai parti kaki fitnah pulak. Biarlah parti baru ini nanti bergerak sendiri tanpa ada gangguan daripada pemimpin Pas. Perlu diingatkan bahawa ahli parti baru ini nanti bukan lagi ahli Pas.

Tak nak bekerjasama pun tak apa tetapi tolong jangan ganggu parti baru yang bakal ditubuhkan ini nanti. Tujuan parti baru ini bukan untuk menumbangkan Pas tetapi untuk menumbangkan umno. Harap pemimpin Pas masa kini di bawah kepimpinan Haji Hadi dapat memahami perkara ini.

Tolong jangan buat fitnah atau memanjangkan lagi fitnah. Allah melarang perbuatan itu. Golongan ulamak wajib tahu hukum membuat, mempercayai dan memanjangkan fitnah kan? Kalau dah faham tolong jangan buat atau panjangkan fitnah. Takut pemimpin Pas nanti akan dibakar oleh api neraka.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.