Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK NGAKU MENCURI, HUH PANJANG CERITA NIH

Kes Low Yat: Penganggur tidak mengaku mencuri





 Lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh Plaza Low Yat
Insiden berkenaan turut tersebar di media sosial. - Gambar Internet



KUALA LUMPUR - Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur sebentar tadi terhadap pertuduhan mencuri sebuah telefon bimbit di Plaza Low Yat. 

Tertuduh, Shahrul Anuar Abdul Aziz, 22, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nur Aminahtul Mardiah Mohd Nor. 


Mengikut kertas pertuduhan, Shahrul Anuar didakwa mencuri telefon bimbit jenis Lenovo S860 di Techasia Boutique Lot UG K021  UG Floor Plaza Low Yat di Bukit Bintang, jam 4.47 petang 11 Julai lalu. 


Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 10 tahun dan boleh denda jika sabit  kesalahan.


Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim menawarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin. 


Bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam Shaharudin Ali memohon mahkamah mengurangkan jaminan kepada RM3000 atas alasan tertuduh perlu menjaga kedua ibu bapanya yang bisu dan berhasrat menyambut hari raya bersama kedua ibu bapanya. 


Mahkamah membenarkan Shahrul Anuar diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Ogos untuk sebutan kes.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.