Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAKUT ISLAM MENJADI ROJAK

Parti baharu: Bimbang jika suara Islam mengecil

Datuk Ahmad Yakob
Datuk Ahmad Yakob

KOTA BHARU - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, dalam sistem demokrasi terpulang kepada mana-mana pihak termasuk bekas kepimpinan Pas untuk menubuhkan parti baru.

Menteri Besar Kelantan itu bagaimanapun mengakui bimbang kehadiran banyak parti yang berteraskan Islam akan menyebabkan suara akan menjadi lebih mengecil.


“Nak membentuk sebuah parti yang juga berasaskan kepada Islam itu saya rasa takut akan mengecilkan suara, banyak sangat parti Islam ini, bagaimanapun itu terpulang kepada pihak-pihak berkenan kerana kita mengamalkan demokrasi, nak tubuh parti... tubuhlah,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan Presiden dan Ketua  Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin di Kota Darul Naim, hari ini.


Sementara itu dalam majlis berasingan di JKR 10, Pas Kelantan yang diketuai Ahmad mengumpulkan kekuatan dengan mengadakan pertemuan dengan ahli parlimen, adun dan sayap parti di peringkat negeri.


Pertemuan hampir dua jam itu dikatakan dibuat bagi memberi penerangan krisis perpecahan Pas di peringkat pusat, selain meminta semua pimpinan menyatakan sokongan kepada kepimpinan Kerajaan Pas Kelantan.


Ahmad ketika ditemui pemberita berkata, tindakan mengumpulkan semua pimpinan negeri ini untuk menyatakan bahawa mereka bersatu dalam dasar ketakwaan di bulan Ramadan dalam mempertahankan kerajaan Kelantan dalam berdepan dengan isu berbangkit.


“Bagi Kelantan kita istiqamah dan bersatu, sebab Kelantan ini  asas utama sehingga negeri lain bangkit menang  temasuk di Kedah dan Terengganu,” katanya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

kota bharu -
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, DALAM SISTEM DEMOKRASI terpulang kepada mana-mana pihak termasuk bekas kepimpinan Pas untuk menubuhkan parti baru...

-dia sendiri registerkan hukum/dasar Tuhan yg esa berhukum dibawah sistem demokrasi..tengok hurup besar kat atas statement dia tu..
lepas tu nak cerita/sekolahkan pasal taghut...
ape la punye manusia..
hahaha bikin malu punye manusia..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.