Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ALA MAAAK KALO SAKIT AMCAM NAK JADI PM ?

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
 
IPOH - Desakan agar Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikeluarkan dari penjara atas alasan kesihatan berikutan keadaan yang tidak selesa di dalam penjara dilihat sebagai desakan yang tidak wajar.

Ketua Pemuda Umno Perak, Hairul Anwar Mohamed Noor berkata, berdasarkan peraturan tidak ada sebarang keistimewaan yang akan diberikan kepada sesiapapun di penjara, kecuali atas sebab-sebab yang munasabah.

Menurutnya, Anwar mendapat layanan seperti banduan lain, namun diberi sedikit kelebihan seperti pada hari raya lalu, keluarga boleh datang menziarahi beliau.

“Desakan PKR keluarkan Anwar dari penjara atas alasan kesihatan kerana tidak selesa dengan keadaan di penjara adalah desakan yang tidak wajar.

Tidak sepatutnya ada keistimewaan pada sesiapa juga yang bersalah, kecuali atas sebab-sebab tertentu seperti masalah kesihatan yang memudaratkan.

“Lagipun, kita dapat tahu Anwar di penjara pun dilayan seperti orang biasa tapi ada sedikit kelebihan. Hari raya lalu, keluarga boleh datang. Tak timbul soal beliau berehat di rumah.

Bagaimana pula dengan orang lain? Dulu VIP yang kena tangkap pun mesti nak layanan yang sama juga. Bagi saya tak wajarlah,” katanya.

Hairul Anwar berkata demikian mengulas desakan peguam Anwar yang menggesa pihak berkuasa menempatkan tokoh itu bawah tahanan rumah berikutan keadaan  kesihatannya.

Hairul Anwar berkata, desakan berkenaan sebenarnya ditujukan kepada Timbalan Perdana Menteri  yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Isu ini sengaja dibangkit untuk cabar Datuk Zahid. Bagi saya Datuk Zahid ada hak beliau  sendiri dan ikut undang-undang ada yang beliau sendiri arif. Bagi saya tak perlu layan benda-benda ini,” katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.