Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA HAL TERGESA-GESA ?

Dun Selangor lulus usul teliti penubuhan DEIG
Hannah Yeoh
Hannah Yeoh
 
SHAH ALAM - Dun Selangor hari ini meluluskan usul meminta kerajaan negeri meneliti semula penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) bagi menggantikan Menteri Besar Incorporated (MBI) dan membentangkan secara terperinci mengenai entiti itu pada persidangan akan datang.
 
Sebelum itu, Speaker Hannah Yeoh mengumumkan penerimaan usul berkenaan selepas ia dicadangkan Saari Sungib (Pas-Hulu Kelang) dan disokong oleh Lau Weng San (DAP Kampung Tunku).
 
Usul itu kemudian dibahaskan oleh beberapa Adun termasuk Yaakob Sapari (PKR-Kota Anggerik), Dr Xavier Jayakumar (PKR-Sri Andalas), Yeo Bee Yin (DAP-Damansara Utama), Datuk Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) dan Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang).
 
Semasa membahaskannya, Mohd Shamsudin berkata, penubuhan DEIG menimbulkan persoalan dari segi tatacara pengurusan anak syarikat yang tidak terkawal selain dibuat secara tergesa-gesa tanpa pengetahuan anggota dewan.
 
"Sepatutnya kerajaan negeri perlu ada kuasa mengawal pergerakan dan perjalanan entiti itu. DEIG ditubuh mengikut Akta Syarikat dan tidak diperuntukkan kepada kerajaan negeri suatu undang-undang untuk mengawal operasi ini di Selangor," katanya.
 
Mohd Shamsudin berkata, kerajaan negeri sepatutnya memperkukuh MBI bukannya mewujudkan sebuah entiti baharu.
 
Sulaiman pula berkata, beliau bimbang ketiadaan pengawalan operasi DEIG akan mencetuskan implikasi besar kepada kerajaan Selangor.
 
"Ini khususnya melibatkan pemindahan aset tanah seluas 2,000 hektar milik MBI kepada entiti itu," katanya.
 
Yeo pula mencadangkan supaya satu mekanisme diwujudkan bagi memastikan perjanjian yang melibatkan DEIG tidak berat sebelah terutamanya dalam menguruskan nilat aset MBI berjumlah RM6.3 bilion.
 
"Tanpa semak dan imbang, kita khuatir akan berlaku kelompangan dan penyalahgunaan wang rakyat sekiranya DEIG tidak berupaya melakukan pelaburan yang diharapkan," katanya. 
 
Semasa menggulung usul itu, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) mempertahankan penubuhan DEIG.
 
Beliau berkata, DEIG ditubuhkan bagi membolehkan kerajaan negeri untuk terlibat dalam aktiviti perniagaan khususnya yang membabitkan sektor-sektor tertentu bagi memelihara kepentingan rakyat.
 
Semalam, beberapa Adun termasuk bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan kebimbangan terhadap ketelusan penubuhan DEIG yang akan mengambil alih peranan MBI dalam menguruskan pelaburan anak-anak syarikat di bawah pemerbadanan itu.
 
Mereka berkata, sekiranya Menteri Besar berhasrat menstruktur semula anak-anak syarikat di bawah MBI, adalah lebih baik beliau mengukuhkan pemerbadanan itu dan bukannya mewujudkan entiti baharu seperti DEIG, yang ditubuhkan tanpa sebarang enakmen serta tidak perlu melapor kepada Dun Selangor.
 
Dalam penjelasannya semalam, Mohamed Azmin berkata, entiti itu yang dimiliki sepenuhnya oleh MBI ditubuhkan pada Disember lepas untuk memberi fokus kepada sektor pelaburan, aset dan perniagaan semata-mata selain mengurangkan impak serta risiko perniagaan secara terus terhadap kerajaan negeri.
 
“MBI pula akan memberi tumpuan kepada kerja-kerja kebajikan rakyat Selangor dan tanggungjawab korporat,” katanya.
 
Sidang dewan bersambung esok. - Bernama

1 orang berkata:

Anonymous said...

Kena laburkan duit utk perintah negeri.
Tak kan nak harap jual balak kaw R&R lebuh raya aje.......mans cukup nak bantu mangsa banjir yg duduk dlm khemah turrrr

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.