Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APABILA MANUSIA JUJUR DENGAN AGAMA ....

Di dunia mungkin saya boleh lari, akhirat?

Di dunia mungkin saya boleh lari, akhirat?
Tukang potong rumput apabila tanpa sengaja memecahkan cermin sebuah kereta begitu menyentuh hati.
 
KATA-KATA yang diungkapkan oleh seorang lelaki yang bekerja sebagai tukang potong rumput apabila tanpa sengaja memecahkan cermin sebuah kereta begitu menyentuh hati.

Pemilik kenderaan yang berang dengan insiden itu terus mencari siapakah gerangan yang menyebabkan cermin keretanya pecah.

Namun dia kemudiannya terkedu dengan pengakuan tukang potong rumput dari etnik Rohingya itu yang sanggup membayar kos menggantikan cemin kereta tersebut walaupun bosnya sedia berbuat demikian.

"Dia kata kalau saya buat, biar saya yang ganti. Kalau saya lari sekarang belum tentu di akhirat saya dapat lari. Allahurabbi," kongsi pemilik akaun Facebook, Mizi Lalang.

Menurut Mizi, apa yang menyentuh perasaannya, lelaki itu turut menceritakan mengenai negaranya yang bergolak tetapi dalam masa yang sama dia turut mengingatkan tentang akhirat dan kematian.

Tambah Mizi lagi, kisah ini turut memberi peringatan supaya jangan pandang remeh terhadap orang lain yang zahir nampak tiada apa-apa tapi dia jujur demi rezekinya dan mungkin mempunyai ilmu agama yang tinggi.

Tinjauan di media sosial mendapati rata-rata netizen memuji sikap jujur yang ditunjukkan lelaki berkenaan.

"MasyaALLAH jujurnya dia," tulis Abdullah Zawawi Abdul Hamid

"Bukan sahaja rezekinya murah. Kita doakan negara mereka aman makmur dan mereka dapat hidup sempurna di negara mereka sendiri. Amin," tulis Man Ghazali Rais pula.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Najib pun tak lari sbb dia masih dpt putar putar.masih ramai yg percaya dia terutama makcik felda.kaki jilat tak payah ckp la.ini sudah sampai tahap bilion bilion masuk dlm akaun nya.sekali pula dtgnya dgn masalah syarikat wanemdibi.sekali justo pula kata dokumennya tak diubahsuai.dokumen petrodaudi n najib telah kencing rakyat msia.ala la najib kenapa tak saman.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.