Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ARAB SAUDI MULA DIANCAM IS

IS dalang serangan di Saudi?

IS dalang serangan di Saudi?
Pihak berkuasa sedang mengumpulkan bukti di masjid yang menjadi sasaran serangan berdarah, kelmarin.
 
RIYADH - ARAB SAUDI. Kumpulan militan IS di Iraq dan Syria mengaku bertanggungjawab dalam insiden pengeboman berani mati menyasarkan sebuah masjid di ibu pejabat pasukan khas di Arab Saudi yang turut meragut 15 nyawa, kelmarin. 
 
Pengakuan itu dibuat menerusi kenyataan dalam talian oleh kumpulan militan menggelar diri mereka sebagai al-Hijaz yang didakwa ada kaitan dengan IS.

Menurut kumpulan tersebut, seorang pengebom berani mati meletupkan diri di dalam masjid di selatan bandar Abha berhampiran sempadan Yaman tersebut.

Kejadian tersebut telah mengorbankan 12 anggota unit khas Swat dan tiga pekerja di kawasan itu manakala tujuh lagi dilaporkan cedera lapor AFP.

Stesen TV, El-Ikhbariya melaporkan insiden serangan berdarah itu berlaku ketika jemaah sedang menunaikan solat Zuhur.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri memaklumkan masih terlalu awal untuk mengesahkan siapa dalang bertanggungjawab dalam kejadian itu kerana siasatan masih sedang dijalankan.   

Dalam satu kenyataan lain, Gabenor wilayah Asir, Putera Faisal bin Khaled bin Abdel Aziz turut mengutuk kejadian pengeboman berani mati tersebut.

"Serangan itu bertujuan untuk menggugat kestabilan dan menakutkan rakyat negara ini," katanya.  

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.