Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ATE ??? RAKYAT NAK TAHU SIAPA ?

Guling kerajan: Siapa yang buat semua ini
Guling kerajan: Siapa yang buat semua ini
Razali (tengah) ketika sidang media hari ini.
 
MUADZAM SHAH - “Usaha untuk memecah belahkan dan menimbulkan kesangsian dalam parti sudah lama berlaku namun persoalannya kini ialah siapa yang buat semua itu? Kepada yang menuduh pula perlu buktikan”. 
 
Demikian reaksi Ahli Majlis Tetinggi Umno, Datuk Razali Ibrahim yang berasa lucu apabila namanya turut dikaitkan dengan 20 ahli Parlimen BN yang didakwa oleh pihak tertentu terbabit dalam komplot untuk menggulingkan kerajaan sekali gus menafikan penglibatannya.

Bagaimanapun, beliau turut menegaskan bahawa perkara sedemikian perlu diambil serius dan dalam masa yang sama menasihati pengguna media sosial supaya boleh menerima sesuatu yang disebarkan sekadar sebagai hiburan tetapi bukan maklumat yang sahih.

“Sekarang saya turut terlibat dalam isu ini dan kini saya tahu bahawa itu semua tidak benar serta saya juga menasihati ahli Umno supaya tidak perlu sangsi,” katanya yang ditemui dalam sidang media selepas merasmikan Sector Focused Career Fair (SFCF) di Universiti Tenaga Nasional (Uniten), kampus Sultan Haji Ahmad Shah, di sini.

Turut hadir sama dalam majlis berkenaan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Hasan Arifin; Adun Muadzam Shah, Datuk Seri Maznah Mazlan; Adun Bukit Ibam, Datuk Wan Kadri Wan Mahusain dan Naib Canselor Uniten, Prof Dr Kamal Nasharuddin Mustapha.

Kenyataan penafian beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu bagaimana pun tidak mewakili nama-nama Ahli Parlimen Umno lain selain tidak menolak wujudnya permainan politik sebegitu dan menganggap ia sesuatu yang serius serta perlu ditangani.

Razali berkata, apa yang terjadi itu seolah-olah dilakukan dengan penuh terperinci kerana tentu orang yang bertanggungjawab mereka cerita berkenaan telah membuat kajian sebelum memilih nama-nama Ahli Parlimen Umno yang terlibat.

“Ada yang berkata jika ia tidak benar kenapa saya tidak membuat laporan polis dan buat penafian terbuka. Pada saya itu semua tidak perlu kerana yang menuduhlah perlu membuktikan. Takkan setiap kali ada pendedahan kena buat penafian,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.