Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERTERUS TERANG LEBIH BAIK

Guling kerajaan: Zahid diminta serah bukti
Ramesh Rao
Ramesh Rao (tengah) menunjukkan laporan polis di pekarangan Ibu Pejabat Daerah Polis, Petaling Jaya, hari ini. Foto oleh PMSP.
 
PETALING JAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diminta mengemukakan bukti wujudnya komplot untuk menggulingkan kerajaan dengan menjadikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai sasaran utama.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao berkata, Naib Presiden Umno itu perlu memberikan kerjasama dengan pihak polis supaya tindakan dapat diambil ke atas dalang yang terbabit.

"Kita mahu bukti dan Zahid kena kemukakan bukti siapa dalang perancang, tidak kira siapa pun dia, kalau dibiarkan, ia akan menggugat pentadbiran Datuk Seri Najib.

"Beliau kena berani beri kenyataan siapa yang merancang ini (guling), kalau kita tidak kemukakan bukti, pembangkang akan kata ini spin, pembangkang kata kita cuba mengalihkan perhatian," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Polis Petaling Jaya, di sini, hari ini.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Guling kerajaan: Dedah siapa dalangnya, Zahid ]

Beliau mengulas kenyataan Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri semalam yang mempunyai bukti kukuh tentang tindakan seorang tokoh besar Umno menjadi dalang utama komplot menggulingkan kerajaan melalui cara tidak demokratik.

Ahmad Zahid berkata, tokoh besar Umno itu menjadi dalang utama mengatur gerakan menggulingkan kerajaan melalui cara undi tidak percaya di Parlimen dengan sokongan anggota Parlimen pembangkang.

Dalam pada itu, Ramesh juga berkata, jika bukti tidak dikemukakan dikhuatiri pembangkang akan terus menuduh kerajaan cuba mengalihkan isu besar kerajaan termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan penyaluran dana RM2.6 bilion ke dalam akaun bank peribadi Najib.

"Kita tidak mahu mana-mana portal mengatakan isu ini untuk mengalihkan isu semasa, contohnya bila MH370 dijumpai, mereka kata kerajaan cuba menutup isu 1MDB.

"Saya tidak mahu isu penggulingan kerajaan dengan 26 Ahli Parlimen ini dianggap sebagai untuk menutup isu 1MDB dan isu RM2.6 bilion," katanya lagi.

Terdahulu Ramesh membuat laporan polis supaya satu siasatan dijalankan termasuk memanggil Ahmad Zahid untuk memberikan keterangan selepas beliau mendakwa mempunyai bukti dalang sebenar untuk menggulingkan kerajaan.

Laporan polis oleh pemimpin NGO itu dibuat di bawah Seksyen 124B, 124C dan 124K kerana menggugat keamanan dan ketenteraman negara.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.