Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BILA MASA YANG SESUAI ?

SPRM tidak sertai siasatan 1MDB?

Mohd Shukri Abdull
Mohd Shukri
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak ada masalah jika benar ia tidak dilantik menganggotai sebuah pasukan agensi penguat kuasa baharu yang dipercayai ditubuhkan Peguam Negara selepas pasukan khas yang menyiasat kes 1MDB dan SRC International dibubarkan baru-baru ini.

“Tanpa pasukan khas pun kita akan teruskan tugas secara bebas, telus dan profesional mengikut undang-undang.


“Malah, pegawai kami dalam pasukan tugas khas sebelum ini boleh menumpukan siasatan kepada kes utama kami,” kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull kepada Sinar Harian, semalam.


Menurutnya, SPRM  bagaimanapun mengharapkan pasukan baharu yang dibentuk itu akan berkongsi maklumat dengan SPRM sekiranya mengesan sebarang bentuk unsur rasuah dalam siasatan masing-masing.


“Jika perkara ini benar, saya nasihatkan pasukan ini rujuk kepada SPRM sekiranya mereka terjumpa mana-mana kes rasuah dan salah guna kuasa dalam siasatan mereka. Ini kerana itu tanggungjawab kami,” katanya yang tidak pasti sama ada SPRM dimasukkan atau tidak sebagai anggota pasukan baharu itu.


“Saya tak pasti, isu ini kena tanya kepada Peguam Negara,” katanya.


Mohd Shukri mengulas desas-desus berkaitan penubuhan sebuah pasukan dikenali sebagai National Revenue Recovery Enforcement Team (NRRET) yang dikatakan dibentuk selepas Pasukan Petugas Khas dianggotai SPRM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia yang menyiasat kes 1MDB dan SRC International, dibubarkan.


Pasukan baharu itu dikatakan dibentuk tanpa penglibatan SPRM, manakala PDRM dan Bank Negara Malaysia masih kekal bersama pasukan baharu yang diketuai Peguam Negara itu.


Pada 5 Ogos lalu, SPRM dalam satu kenyataan berkata, Pasukan Petugas Khas yang menyiasat 1MDB dan SRC International dibubarkan atas nasihat Peguam Negara dan ketiga-tiga agensi yang terlibat diarah bekerja secara bersendirian.


Ketika ditanya sama ada keputusan tersebut sebagai satu tindakan balas ke atas SPRM, Mohd Shukri enggan mengulas.


Disoal mengenai kemungkinan bidang kuasa SPRM tidak tertakluk dalam tugas NRRET yang mencakupi kutipan hasil kerajaan, beliau berkata, banyak operasi dan aktiviti pencegahan SPRM sebelum ini yang secara langsung telah menyelamatkan wang negara.


“Mungkin dari segi kutipan hasil, masyarakat tak nampak tugas SPRM. Tetapi SPRM sebenarnya banyak membantu negara mengurangkan ketirisan.

“Contonhnya dari segi operasi, pelbagai sindiket yang menyebabkan kerugian besar kepada negara berjaya dilumpuhkan seperti operasi pasir, diesel, balak dan sebagainya. Manakala dari sudut, pencegahan banyak kajian yang kita buat menjurus kepada menyelamatkan hasil kerajaan,” katanya.

Antaranya, kata beliau, pemeriksaan amalan sistem dan tata cara kerja urusan import dan eskport di Jabatan Kastam (Ops 3B), pemberian geran dan pinjaman ‘soft loan’ untuk projek NFC serta pengurusan dan pemantauan program 1Azam perolehan projek kemasyarakatan dan menaik taraf sekolah daif.

Tak campur tangan kes 1MDB, hanya siasat SRC  Sementara itu, Mohd Shukri sekali lagi menegaskan bahawa SPRM tidak terlibat dengan siasatan terhadap 1MDB dan hanya menyiasat kes SRC International.

“Seperti diputuskan oleh Pasukan Petugas Khas sebelum ini, SPRM hanya menyiasat SRC International manakala 1MDB disiasat oleh pihak lain. Harap masyarakat tidak lagi keliru,” katanya.


Ditanya pendapatnya mengenai tangkapan dan siasatan polis terhadap pegawai-pegawai SPRM berhubung isu draf kertas pertuduhan, beliau enggan campur tangan.


“Kita faham tugas masing-masing. Cuma pada pandangan peribadi saya, polis siasat pada masa yang tak sesuai.


“Mungkin disebabkan itu timbul persepsi masyarakat adanya campur tangan politik. Tetapi jika selepas ini polis mahu sambung semula siasatan, SPRM dah bersedia.


“Nak panggil saya pun tiada masalah, tiada apa yang perlu ditakutkan,” katanya.
Mengenai perkembangan siasatan SRC International, beliau menjelaskan, ia masih berjalan dan pihaknya sedang mengesan beberapa individu untuk memberi keterangan.

“Individu tersebut merupakan watak utama dalam syarikat yang terlibat dalam SRC International. Kita sudah minta bantuan agensi lain untuk turut mengesan mereka.


“Saya ingin ingatkan individu tersebut beri kerjasama dan datang ke SPRM. Tiada guna mereka lari kerana kami akan tetap tunggu untuk selesaikan kes ini,” katanya.


Tunggu masa sesuai panggil Najib Dalam perkembangan sama, katanya, SPRM masih meneruskan siasatan berkenaan derma RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kes ini agak rumit berbanding siasatan SRC International kerana melibatkan dana dari luar negara.


“Saya percaya kes ini akan ambil masa lama untuk disiapkan. Ini kerana ia memerlukan MLA (mutual legal assistance) sebelum hasil siasatan dikemukakan kepada Peguam Negara,” katanya.


Ketika ditanya sama ada SPRM sudah memanggil Najib untuk memberi penjelasan mengenai derma itu, Mohd Shukri berkata: “Sampai waktunya kita akan panggil Perdana Menteri.”

Menurut beliau, SPRM juga tidak perlu mendedahkan siapa penderma dimaksudkan walaupun masyarakat ingin mengetahuinya.


“Apabila siasatan itu terbukti derma, kita kena hormat penderma jika mereka tak mahu dedahkan identiti. Tetapi kalau siasatan menunjukkan sebaliknya bukan derma, maka penyumbangnya akan terdedah dengan sendirinya apabila kes dibawa ke mahkamah,” katanya.


Dalam pada itu, Mohd Shukri turut ditanya mengenai keperluan mewujudkan akta khusus berkaitan dana politik.


“Kami hanya pelaksana dasar, polisi dibuat kerajaan. Bagi SPRM, kalau ia baik buat negara, kenapa tidak?” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.