Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CERITA REKAAN ???

 
Guling kerajaan: Kenapa polis lambat bertindak?

Tuan Ibrahim Tuan Man
 
SHAH ALAM - Pas hari ini mempertikaikan soal plot mengguling kerajaan yang didakwa melibatkan 20 ahli Parlimen BN dan ‘orang tua’ misteri masih belum diambil sebarang tindakan oleh pihak berkuasa.
 
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dakwaan menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu boleh disiasat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan bagi kegiatan yang menjejaskan demokrasi berparlimen.
 

"Mengapa Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) masih tidak bertindak menyiasat para ahli parlimen BN dan ‘orang tua misteri’ yang didakwa terlibat dengan komplot menggulingkan perdana menteri di bawah Seksyen 124B ‘memudaratkan demokrasi berparlimen’ Malaysia?," soalnya dalam satu kenyataan, hari ini
 
Malah Tuan Ibrahim turut mempertikaikan, jika benar adanya usaha mahu menggulingkan kerajaan, mengapa tiada arahan untuk membekukan nama-nama individu terbabit daripada ke luar negara.
 
"Mengapa masih tiada tindakan membeku yang dituduh itu keluar negara seperti yang terkena pada beberapa ahli pembangkang dan pemimpin NGO sebelum ini? Mengapa tiada tangkapan, serbuan ke rumah dan sebagainya sebagaimana yang dialami para pegawai SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah) dan Bank Negara?
 
“Mengapa polis tiba-tiba menjadi lambat bertindak? Bukankah itu satu hipokrisi?,” katanya lagi.
 
Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan 20 nama ahli Parlimen BN yang tersebar terlibat dalam komplot mengguling kerajaan
 
 
Sebelum ini, beliau menggemparkan politik negara apabila mendedahkan terdapat gerakan untuk mengguling kerajaan oleh pembangkang dan didalangi oleh seorang tokoh Umno yang juga pemimpin BN.
 
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berpendapat polis perlu mengambil tindakan terhadap pemimpin BN yang mengeluarkan kenyataan tidak masuk akal berhubung derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Najib.
 
“Memandangkan polis tidak bertindak terhadap ura-ura ini, saya berharap jangan pula polis bertindak terhadap penganjur Bersih 4 di atas Seksyen 124B kerana ini akan memburukkan lagi imej polis di mata rakyat.
 
“Polis sepatutnya menahan para menteri BN yang cuba menipu rakyat. Kerana yang bakal menggulingkan Perdana Menteri ialah jawapan-jawapan tidak masuk akal yang dikemukakan oleh pemimpin BN mengenai derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun persendirian perdana menteri dan bukannya orang lain,” katanya.
 
Mengulang kembali kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali sebelum ini, Tuan Ibrahim memberitahu Pas akan menyokong undi tidak percaya terhadap Najib jika ia wujud.
 
“Sebagaimana yang dikatakan Datuk Mustafa Ali, jika ada undi tidak percaya terhadap perdana menteri, Pas akan turut bersama kerana tindakan-tindakan terhadap 1MDB dan jawapan-jawapan terhadap derma RM2.6 bilion jelas tidak dapat diterima rakyat.
 
“Analisa terhadap isu yang melibatkan derma RM2.6 bilion adalah antara isu hangat yang dibicarakan Kongres Rakyat pada 12 September ini,” katanya.
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.