SHAH ALAM - Kempen Selamatkan Malaysia menerusi usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang Dewan Rakyat pada Oktober ini hanya boleh dicapai jika Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi jaminan kesemua Ahli Parlimen Pas menyokong sebulat suara usaha tersebut. 
 
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menegaskan usul itu boleh selamat jika sekurang-kurangnya 78 Ahli Parlimen pembangkang bersatu untuk menyokongnya dan selebihnya daripada Ahli Parlimen Umno dan BN.
 
“Walaupun bekas PR (DAP, PKR dan Pas) mempunyai sejumlah 88 Ahli Parlimen, adalah kurang bijak untuk sesiapa sahaja menyangka bahawa kesemua 21 Ahli Parlimen Pas akan menyokong usul itu kecuali ia dengan jelas disebut oleh Abdul Hadi sendiri.