Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DARI HARAPAN BAHARU KEPADA AMANAH


HEBAT ! Namanya sahaja sudah mengikut satu daripada sifat Rasullullah s.a.w.  AMANAH yang diharapkan oleh semua manusia tanpa mengira suku kaum yang berada di planet Bumi. Dikatakan parti ini berteraskan kepada ISLAM, maka ISLAM itu pasti berdasarkan kepada kalimah tauhid LA ILAHA ILL ALLAH, kena rujuk pada surah Al A'araf ayat 172 dan An Nahl ayat 91, HEBAT dan tahniah pada parti AMANAH ini

Diharapkan jika nama partipun sudah AMANAH maka parti ini dijangka akan melaksanakan hukum Allah s.w.t, kerana  kalimah tauhid itu adalah kalimah amanah yang membawa kepada Lillahi Ta'ala dalan semua perkara, selain itu warna yang diwar-warkan pula adalah warna OREN, yang ni tak kena, jangan nanti orang dok komen macam pakaian sami budha pula, nanti susah nak tepis kerana warma memainkan maksud sikap dan perangai, apa tak ambil warna IJO ? atau PUTIH ? - Pak Karamu

 

Monday, August 17, 2015

AMANAH Nama Parti Islam Yang Baru?


Parti Amanah Rakyat atau “Amanah” dijangka menjadi nama rasmi parti Islam baharu yang ditunggu-tunggu, ditubuhkan daripada kumpulan serpihan pemimpin PAS dan ahli badan bukan kerajaan Islam.

Dijangka dilancarkan pada Hari Kemerdekaan, menurut sumber, parti yang berteraskan Islam itu akan menggunakan warna Gerakan Harapan Baru (GHB) sekarang iaitu oren sebagai warna tema partinya.

Nama dan logonya akan dihantar ke Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak lama lagi sebelum dilancarkan secara rasmi pada 31 Ogos.

Keputusan mengenai nama, logo dan warna parti itu dimuktamadkan pada mesyuarat di Shah Alam semalam yang dihadiri pemimpin-pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB), yang merupakan sebahagian daripada ahli Parlimen dan pemimpin politik PAS yang paling menonjol.

GHB adalah pelopor kepada parti baharu ini.

Menurut satu temu bual terdahulu dengan bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, keanggotaan ahli dan pemimpin PAS akan terbatal sebaik sahaja mereka menyertai parti politik yang lain.

Selain ahli PAS dari seluruh negara kata sumber itu, Amanah akan terdiri daripada pemimpin utama beberapa NGO Islam terbesar negara seperti Abim, Ikram dan Haluan.

Difahamkan hampir 70% pemimpin PAS dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan akan meninggalkan parti itu dan menyertai Amanah sebaik sahaja ia ditubuhkan nanti.

Sehingga kini, Amanah yang bakal ditubuhkan sudah sedia dengan penyelarasnya di setiap negeri dan kawasan Parlimen di seluruh negara yang terdiri daripada bekas pemimpin kanan PAS sebelum ini yang dilantik menerusi GHB.

Parti itu dijangka bekerjasama dengan DAP dan PKR membentuk pakatan pembangkang baharu selepas Pakatan Rakyat dibubarkan apabila hubungan PAS dan DAP secara rasmi berakhir pada Jun lalu.

PAS dijangka bergerak sendiri tetapi akan cuba mengekalkan hubungannya dengan PKR bagi mengelakkan pertandingan 3 penjuru dengan parti yang baharu pada Pilihan Raya Umum ke-14 lapor The Malaysian Insider

8 orang berkata:

XUMNO said...

Amanah. Sedap bunyi nama tu, tapi pemimpin2 nya kena cermin muka dan tanya diri sendir. Amanahkah aku selama ni ? Masa dalam Pas amanahkah aku dengan petjuangan parti, Ada tak niat aku nak menghancurkan parti islam pas dari dalam? Adakah aku amanah terhadap janji dan baiah yg aku buat semasa dipilih oleh pas jadi calon Pad sebelum pilihsnraya dulu? Amanahkah aku ysng dah berketat arang dengan Pas tapi madih mahu terima elaun ribu2 sebagai wakil rakyat/adun parti yang bukan lagi paryi aku? Kalau jawapannya "ya", maka sahlah kamu semua munafiq. Dan janganlah mendakwa parti kamu adalah parti islam jika kamu terpaksa dapatkan izin dan keredhaan Lim Kit Sing dulu supaya dia yang menetapkan islam jenis apa boleh dan tak boleh kamu perjuangkan. Hukum Allah hudud kamu kena tunggu Kit Siang mati dulu baru boleh langkah mayatnya.Dakwaan 90% pemimpin2 Pas beberapa negeri akan menyertai parti kamu bukan jadi kudis pada Pas, jika benar malah ia ada adalah satu rahmat bagi Pas menyucikan diri dari parasit2 perosak secara semulajadi. Dalam Pas ada beribu2 ahli yang lebih berbakat tampil mengambil tempat2 mereka, insyaAllah. Cuma nak tanya , Kenapa liat sangat isytihar tarik diri sebagai ahli Pas?? Kami ahli2 Pas resah gatal dek kutu2 yang masih melekat kat badan kami.

Anonymous said...

Yg tak amanah tu Tuang Presideng PAS. Ponteng sidang parlimen, mesyuarat PR, heboh nak bentang hudud tapi makan anging ke Jepung. Khianat perjanjian antara kawan sifat munafik.

Haram elaun dan gaji MP Tuang Presideng PAS bila tak amanah dlm tugas.

Anonymous said...

Merah dap warna comunist....oren warna sami budha n warna api majusi n neraka.....cantik cantum dua2 tu jadi parti neraka dunia n akhirat.... selamat maju jaya ahli whail...munafiquuun...syiah...liberal.. matlamat menghalalkan cara...jgn di pijak byg mereka ini sekalipun

Anonymous said...

Lihat hanset parlimet..barua lks n lge dlm kehadiran ahli parliment nil...hadir just time ada isu utk serang kerajaan saja....syg tinggai kerusi empok cm di komtar...barua ghb n geng semua kaki ponteng adyik hadir ceramah saja...TGHH tk hadir kerana kesihatan n ada lift note... pi jepun di jemput atas post kesatuan ulama dunia...n jemputan student islam di sana...kepala ghb mad sabun tak leh masuk parliment kalah dah 3 penggal...just dok round europ naik kuda putih n pi arab joint kompolan syiah...

Anonymous said...

Walaun2 PAS kaki fitnah mcm tuang presideng

Anonymous said...

jgn bawak nama parti Islam kalau perangai tuang presidengnya buruk kalahkan kafir dan liberal. malulah pada Allah krn menjual agama utk cari makan.

Anonymous said...

Hudud bagi PAS lebih penting dari segala-galanya. Yg dok sibuk ke Jepung time Parlimen bersidang watpe? Pembohong besar ulamak2 suk dlm PAS. Penjual agama!

Unknown said...

air jordan
curry shoes
nike roshe one
cheap jordans
adidas nmd
michael kors outlet
nike roshe run
michael kors
nike polo shirts
chrome hearts online store

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.