Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Dewan Muslimat PAS alu-alukan Kongres Rakyat



KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengalu-alukan cadangan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk mengadakan Kongres Rakyat sebagai platform untuk menyatakan sokongan dan pembelaan kepada rakyat.

Ketua Penerangan DMPM, Wan Hasrina Wan Hassan berkata, apa yang berlaku di dalam negara pada hari ini seolah-olah sudah menjadi bencana baik dari pelbagai sudut termasuk ekonomi, politik dan sosial.

"Malaysia berada pada tahap yang teruk. Sebagai parti politik yang perjuangan kesejahteraan rakyat perlu buat kongres seperti ini supaya rakyat faham dan bangkit semula," katanya kepada Harakahdaily.

Tegasnya, rakyat hari ini perlu pembelaan malangnya pembelaan yang dilihat  lebih kepada individu sedangkan yang menanggung penderitaan dan bebanan semakin bertambah adalah rakyat.

"Dengan PAS mengadakan kongres ini dapat menjelaskan kepada rakyat isu-isu yang berlaku supaya menyemarakkan kebangkitan rakyat seperti sebelum ini pada tahun 1998, 1999 dan 2008 dapat dikekalkan," katanya.

Katanya, kongres seperti ini bukan sahaja untuk orang Melayu bahkan semua kaum perlu menyertai kerana bencana yang melanda sekarang ini bukan untuk satu kaum sahaja.

"Ringgit Malaysia sudah jatuh teruk semakin hari semakin menurun menyebabkan ekonomi negara tidak stabil, semua orang terjejas dengan fenomena ini. Malah ia mengudang kepada kebimbangan baik ekonomi negara dan juga rakyat," tambah beliau.

Justeru katanya, semua wanita tidak kira sama ada berada di persada politik atau bukan politik serta badan bukan kerajaan untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian kerana isu yang berlaku bukan politik semata-mata sebaliknya isu rakyat.

"Yang perlu ditangani semua lapisan masyarakat," tambah beliau.

PAS bercadang mengadakan Kongres Rakyat pada 5 September ini di ibu kota. Kongres ini sebagai usaha menggerakkan kebangkitan rakyat dan memimpin tindakan terancang ke arah menuntut perubahan total dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan negara.

Kongres Rakyat ini akan mengumpul semua pihak sama ada individu, NGO, parti politik dan seluruh warga prihatin termasuk mahasiswa dan aktivis sosial ke  arah melahirkan resolusi dan plan tindakan yang berkesan bagi membina negara yang selamat dari segala rupa korupsi dan penyelewengan kuasa.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.