Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DUA ORANG KENA TUKAR SERTA MERTA, APA KATA RAKYAT ?

Dua pengarah SPRM diarah tukar serta merta
Dua pengarah SPRM diarah tukar serta merta
Bahri (kiri) dan Rohaizad ketika meninggalkan pejabat SPRM Putrajaya, semalam.
 
PUTRAJAYA – Pengarah Bahagian Operasi Khas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Bahagian Strategik Komunikasi, Datuk Rohaizad Yaacob ditukarkan serta merta ke Jabatan Perdana Menteri.

Sumber dalaman berkata, kedua-dua pengarah itu diarah melaporkan diri Isnin ini. “Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan arahan itu pada hari ini (semalam),” katanya. Bahri dilihat keluar dari pejabatnya buat kali terakhir pada 6.30 petang sambil melambaikan tangannya kepada media.

Rohaizat ketika ditemui aras bawah Ibu Pejabat SPRM memohon maaf kepada media dan enggan mengeluarkan sebarang komen.

“Minta maaf, saya tiada komen. Terima kasih,” katanya. Sebelum ini Bahri dalam satu kenyataan menegaskan akan mencari dalang yang mengarahkan penahanan pegawai SPRM yang terlibat dalam penyiasatan melibatkan SRC International Sdn. Bhd.

Katanya, pihaknya tidak ada masa berpolitik tetapi akan melaksanakan tugas seperti yang diamanahkan dan diharapkan oleh rakyat.

Manakala Rohaizad pula  menyambut baik sokongan yang diberikan oleh pemimpin pembangkang yang hadir beramai-ramai ke Ibu Pejabat SPRM bagi menyatakan sokongan kepada kakitangan agensi penguatkuasaan berkenaan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.