Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DULU YANG MULA SURUH NAJIB BERCUTI TUAN IBRAHIM, HARI INI DI SURUH LAGI


Najib sibuk pertahan diri, siapa tadbir negara?




Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man


SHAH ALAM - Perdana Menteri sekali lagi dinasihatkan agar bercuti dan menunaikan umrah bagi memberi ruang kepada semua pihak kembali fokus kepada tugas masing-masing.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sekiranya siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dapat diselesaikan sekali gus membersihkan nama Najib sekiranya beliau tidak bersalah.


"Perdana menteri kini kelihatan sibuk menyelamatkan diri di dalam Umno... isu derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun beliau, yang seolah-olah tidak diketahui sesiapa melainkan beliau.


"Persoalan kini timbul apakah Najib masih mempunyai masa untuk mentadbir negara, mengembalikan keyakinan pelabur dan paling penting menyelamatkan nilai Ringgit?," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Menurutnya, kesibukan Najib meliputi masa untuk menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan bekas-bekas menterinya dan pemimpin Umno.


"Beliau bukan saja terpaksa menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan Khairy Jamaluddin, malah beliau disibukkan dengan tuduhan mengganggu siasatan terhadap 1MDB hasil daripada penangguhan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara serta tindakan polis terhadap beberapa pegawai SPRM.


"Siapakah yang sedang mentadbir negara sekarang kerana ahli-ahli Kabinet yang lain selain Khairy, termasuk Timbalan Perdana Menteri yang baru sibuk terlibat  dalam kerja mempertahankan Najib dalam keadaan Ringgit terus jatuh?," katanya.


Tegasnya, tindakan Najib mengumumkan bahawa beliau bersih daripada rasuah bukan cara terbaik untuk memperbaiki keyakinan rakyat.


"Tindakan Najib mengumumkan bagi pihak SPRM bahawa SPRM telah membersihkan beliau daripada tuduhan rasuah bukanlah cara untuk memperbaiki keyakinan rakyat dan pelabur terhadap integriti beliau sebagai seorang yang amanah dan bertanggungjawab.


"Kepada pasukan Tun Abdullah Badawi berada di dalam kabinet Najib, jangan biar Ringgit jatuh ke tahap RM4 = 1USD sebelum bertindak seperti Khairy. Saya memohon Tun Abdullah dan Kabinet baru mengutamakan rakyat dan negara," katanya.




0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.