Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

EKONOMI NEGARA TUMBUH

Ekonomi Malaysia Tumbuh 4.9 Peratus Pada Suku Kedua, Unjuran Kukuh


Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz (Gambar fail Bernama)
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) --

Ekonomi Malaysia tumbuh sederhana sebanyak 4.9 peratus pada suku kedua (Q2) 2015 berbanding 5.6 peratus pada suku pertama (Q1), dipacu sebahagian besarnya oleh permintaan swasta.

Malaysia kini setara dengan ekonomi global, yang turut menyaksikan pertumbuhan pada kadar sederhana, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.


"Ekonomi dunia tumbuh pada tahap sederhana pada suku kedua. Permintaan domestik terus menyokong pertumbuhan dalam persekitaran eksport yang lemah," katanya.


Ekonomi Malaysia dijangkakan kekal dalam laluan yang kukuh, dengan permintaan domestik terus menjadi pemacu utama pertumbuhan, kata Zeti pada sidang media bagi mengumumkan pertumbuhan Q2 di sini Khamis.


"Penggunaan swasta dijangkakan terus membuat pelarasan kepada pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dengan pertumbuhan gaji dan kedudukan pasaran buruh yang stabil, akan menyediakan sokongan kepada perbelanjaan isi rumah," katanya.


Pada Q2, penggunaan swasta meningkat lebih sederhana pada kadar 6.4 peratus berbanding 8.8 peratus pada Q1 apabila isi rumah membuat pelarasan perbelanjaan berikutan pelaksanaan GST.


Zeti berkata pelaburan swasta berkembang lebih sederhana, sebanyak 3.9 peratus (1Q 2015: 11.7 peratus), disebabkan penurunan dalam perbelanjaan untuk mesin dan peralatan, terutama dalam segmen pengangkutan, selain pelaburan yang lebih perlahan dalam perkhidmatan kediaman.


Pertumbuhan dalam pelaburan swasta, bagaimanapunnya negatif pada suku kedua (-8 peratus berbanding 0.5 peratus pada Q1, sebahagian besar disebabkan beberapa projek perusahaan awam hampir siap yang lebih daripada mengimbangi pertumbuhan positif perbelanjaan modal kerajaan persekutuan.


Sementara itu, penggunaan awam mencatat pertumbuhan yang lebih tinggi sebanyak 6.8 peratus (1Q 2015: 4.1 peratus) berikutan perbelanjaan lebih besar dalam bekalan dan perkhidmatan dalam persekitaran pertumbuhan yang berterusan dalam emolumen.


Dari segi penawaran, sektor ekonomi utama mencatat pertumbuhan yang lebih sederhana pada suku kedua, kata Zeti.


Pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan yang lebih rendah disebabkan oleh peningkatan lebih perlahan dalam kebanyakan subsektor manakala pertumbuhan sederhana sektor perkilangan disebabkan oleh prestasi industri berorientasikan eksport yang lebih sederhana, katanya.


"Pertumbuhan sektor perlombongan terjejas terutama oleh pengeluaran gas asli yang lebih rendah. Sektor pembinaan juga mencatat pertumbuhan yang lebih rendah disebabkan oleh aktiviti sebenar dalam subsektor kediaman, bukan kediaman dan kejuruteraan awam Yang sederhana," katanya.


Sektor pertanian kembali pulih untuk mencatat pertumbuhan positf berikutan pengeluaran minyak sawit yang lebah tinggi.


Zeti berkata inflasi yang diukur oleh perubahan tahunan dalam Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat 2.2 peratus pada suku kedua 2015 (1Q 2015: 0.7 peratus) mencerminkan, terutama kesan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).


"Kenaikan harga adalah menyeluruh dengan kesemua 12 kategori dalam kumpulan IHP mencatat inflasi yang lebih tinggi pada suku kedua berbanding suku pertama," katanya.


Sementara itu, harga bagi kategori pengangkutan merosot pada kadar 3.6 peratus pada suku kedua (1Q 2015: -7.6 peratus), mencerminkan pelarasan menaik terhadap harga bahan api dalam negeri, katanya.


-- BERNAMA
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.