Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

EKONOMI TERUS MEROSOT PASAL NAJIB LA NI

Ekonomi akan terus merosot jika Najib masih kekal
Mahathir Mohamad
Mahathir Mohamad - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI


SHAH ALAM - Rakyat Malaysia akan menghadapi keadaan ekonomi yang lebih buruk dari sekarang jika Datuk Seri Najib Tun Razak kekal sebagai perdana menteri.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya mendakwa, reaksi ekonomi pada masa ini menunjukkan kejatuhan ketara dan ia dijangka akan lebih merosot jika Najib terus kekal.

“Najib mungkin boleh membayar wang untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang tetapi beliau tidak boleh mendapatkan dana untuk menampung pembelian popularitinya.

"Kerajaan yang dipimpinnya tidak akan dapat meminjam wang. Ekonomi negara akan jatuh. Inilah alamat buruk yang menanti rakyat Malaysia,” kata beliau dalam  blognya hari ini.

Dr Mahathir berkata, tindakan Najib sebelum ini berkesan dalam menghentikan siasatan berhubung krisis 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Pertama, Najib memecat Peguam Negara dan melantik orangnya untuk jawatan tersebut. Kemudian dia 'seolah-olah' membubarkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dengan melantik pengerusi dan tiga orang ahli PAC lain sebagai Timbalan Menteri dan jawatan lain," katanya.

Beliau berkata, ahli-ahli Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berterusan untuk menyiasat kes itu telah diganggu oleh pihak polis yang menuduh mereka bocor rahsia.

"Khabar angin bertiup kencang bahawa gabenor Bank Negara sedang disiasat kerana rasuah. Walaupun beliau (Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz) masih lagi seorang gabenor, kakitangan Bank Negara telah diganggu dan dituduh membocorkan maklumat kepada akhbar.

"The Edge yang telah mendedahkan skandal 1MDB itu ditutup. Pemilik suratkhabar The Malaysian Reserve tersebut diberitahu untuk menjual (The Edge) kembali kepada pemilik sebelumnya.

"Najib juga memecat Timbalan Perdana Menteri dan salah satu daripada menteri-menteri yang telah lantang mempersoalkan rekod kewangan 1MDB dan RM2.6 bilion yang terdapat dalam akaun bank peribadi Najib," katanya.

Menurutnya, kesemua tindakan tersebut telah menguatkan dakwaan bahawa terdapat kebenaran dalam tuduhan terhadap beliau.

"Pendapat awam kekal kukuh dalam mahu Najib meletak jawatan sebagai perdana menteri. Akibatnya timbul cakap-cakap tentang perpindahan undi tidak percaya terhadap beliau di Parlimen.

"Ini adalah sangat sukar kerana hampir semua ahli Umno seolah-olah terhutang budi kepadanya dan pembangkang tidak mempunyai ahli yang mencukupi untuk meluluskan usul tersebut," katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.