Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

GANTUNG KEMUDIAN PECAT, TAK MAHU PENGKHIANAT DIDALAM PAS

Pas terima aduan, mula siasat Harapan Baru

Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man
KUALA LUMPUR - Pas masih belum membuat sebarang keputusan terhadap penglibatan ahlinya dalam Gerakan Harapan Baru susulan baru sahaja menerima aduan dalam mesyuarat bulanan mereka, hari ini.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sehingga kini ahli yang terlibat dalam gerakan itu masih ahli Pas.


"Kita baru terima laporan hari ini namun parti tidak membuat sebarang keputusan terhadap mereka kerana kita masih lagi menunggu laporan-laporan dari negeri-negeri.


"Bagi parti, mereka masih lagi ahli Pas dan Pas akan ambil tindakan dalam konteks dia (ahli) sebagai ahli Pas yang terikat dengan dasar dan peraturan parti," katanya pada sidang media selepas mesyuarat bulanan tersebut.


Menurutnya, aduan yang diterima perlu diteliti sebelum membuat sebarang keputusan.
"Jawatankuasa akan mengkaji laporan-laporan tersebut. Hari ini kita terima laporan tak adil kalau kita terus putuskan. Hukuman dibuat nanti mengikut kes berdasarkan tahap kerosakan imej yang dilakukan.

"Hukuman terakhir adalah pecat. Bentuk hukuman mula-mula amaran, gantung kemudian baru pecat," katanya.


Mengulas lanjut, beliau berkata jika mana-mana ahli menyertai parti politik lain, keahliannya gugur secara automatik.


Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, hampir semua negeri menghantar aduan hari ini.


"Kita kena semak setiap laporan supaya kita tak buat keputusan terburu-buru.
"Antara bentuk aduan adalah ajakan keluar parti, penglibatan dengan aktiviti Harapan Baru dan sebagainya," katanya.

Tegas Mohd Amar, setiap ahli berhak membela diri berdasarkan prosedur parti.

3 orang berkata:

Anonymous said...



Ambe tengok muka dia smemang nya hebat

Ambe rasa dia memang ada tokoh

Tokoh jd ularrrrr..ops!

Tokoh ularrmak!!

Anonymous said...

Laaaa.....pung pang pung pang selama ni rupanya baru nak siasat!
Lembap betol la....
Tak kan la tak nampak mat sabu ngan hatta hari2 ceramah ghb? Baru nak mula siasat?

Parti lembap

Anonymous said...

"Bagi parti, mereka masih lagi ahli Pas dan Pas akan ambil tindakan dalam konteks dia (ahli) SEBAGAI AHLI PAS YANG TERIKAT DENGAN DASAR DAN PERATURAN PARTI," katanya pada sidang media selepas mesyuarat bulanan tersebut.
-TITM

ko tengok ayat yg hurup besar tu..sape yg mengikat sape yg terikat selepas merigisterkan sesuatu kepada sesuatu..

ok sekarang pas ialah sebuah parti politik demokrasi yg telah registerkan dasar/sistem Allah taala di bawah sistem demokrasi berpelembagaan lord reid...

ini barang yg terang lagi bersuluh,ini perkara besar yg ditakdirkan nampak kecil mcm besar kuman..sehingga dia hanya nampak parti lain selain dia sahaja yg sedang berhukum dengan hukum manusia....walhal dia pun sama..bahkan dia membawa hukum/sistem Allah berhukum dengan hukum/sistem manusia..
tapi kalau bab mencela manusia lain dia la no 1 hehe..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.