Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

GULING KERAJAAN ALIH ISU SEBENAR ?

Guling kerajaan: Lagi cubaan alih perhatian
Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim
 
SHAH ALAM – Pas akui tidak hairan dengan kemunculan teori yang mendakwa wujudnya konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, ia sebagai satu lagi usaha Umno dan Najib untuk menutup isu derma RM2.6 bilion yang kecoh baru-baru ini.

“Umno dan Perdana Menteri jelas kepanasan melihat penolakan rakyat terhadap pelbagai penjelasan mengenai dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi beliau.

“Bukan sahaja rakyat tidak percaya, malah ahli Umno sendiri termasuk Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertikaikan penjelasan yang dikemukakan oleh pihak kerajaan.

“Menimbulkan watak misteri ini adalah sebahagian ciri-ciri kepakaran Umno dalam mengalihkan perhatian rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat gerakan untuk mengguling kerajaan oleh pembangkang dan turut didalangi pemimpin BN termasuk Umno.

Beliau berkata, rancangan itu dijalankan dengan cara untuk mendapatkan akuan bersumpah daripada ahli Parlimen pembangkang, serta cuba menarik ahli Parlimen BN menyokong mereka bagi menumbangkan kerajaan sedia ada melalui 'jalan belakang'.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Guling kerajaan: 26 MP BN dikatakan terlibat ]

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim meminta agar rakyat terus waspada dengan usaha Umno tersebut.

“Rakyat diminta terus berwaspada dan dialihkan pandangan daripada masalah sebenar yang melanda negara.

“Teruskan tekanan agar kebenaran akan keluar pada akhirnya dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga derma RM2.6 bilion yang telah menjejaskan keyakinan dunia terhadap ekonomi dan kepimpinan negara,” katanya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Pedapat TMTI adalah bercanggah dengan pemikiran Presiden dan Mursidol Am Pas,mengapa TMTI tidak bertanya dulu kepada mereka berdua,apakah perbuatan ini menyalahi Baiah TMTI?.Mengapa begitu berani TMTI beri pandangan tentang Isu guling kerajaan BN,Tunggu ,kemungkina selepas ini U Turn akan berlaku.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.