Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HARI INI SPRM DIANGKAT OLEH RAKYAT MALAYSIA

APABILA SPRM MENDAPAT SOKONGAN BERBAGAI PEHAK, TIDAN BERERTI SPRM BOLEH NYENYAK TIDUR, JIKA SPRM INI ADALAH MANUSIA MAKA DIA BOLEH JADI PRESIDEN DAN PERDANA MENTERI NEGARA,. SEKARANG RAKYAT SUDAH NAMPAK SPRM BETUL DAN BENAR, KEMELUT YANG DIHADAPINYA DISERAHKAN KEPADA KEJUJURANNYA MENGADU KEPADA ALLAH DENGAN MELAKUKAN SOLAT HAJAT, INILAH YANG MEMBUATKAN SPRM DIPANDANG TINGGI DAN TELUS.

TAHUKAH ANDA, RAMAI YANG MENITISKAN AIR MATA DENGAN SOLAT HAJAT YANG SPRM LAKUKAN ? MALAH RAMAI YANG KITA TINJAU PANDANGAN RAKYAT YANG BERBAGAI GOLONGAN MENGATAKAN SPRM TELUS KERANA MENGADU KEPADA TUHAN MELALUI SOLAT HAJAT YANG MEREKA ANJURKAN, MENITIS AIR MATA MEREKA KETIKA SPRM MELAKUKAN SOLAT HAJAT ITU, MEREKA MENGATAKAN "KALAU SOLAT HAJAT YANG SPRM LAKUKAN ITU DIPERKENANKAN TUHAN MAKA SELURUH PERTUBUHAN DAN ORANG RAMAI AKAN MENYOKONG MEREKA", NAH, SEKARANG SUDAH TERBUKTI, SUARA SPRM DIKABULKAN TUHAN !!! TAKBIIIIIIR ! - Pak Karamu
 




Azmin Ali
Azmin Ali


SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali meminta tiada pihak mengganggu tugas siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berhubung dana RM2.6 bilion kerana ia memberi kesan buruk kepada sistem kewangan negara terutamanya melemahkan kadar mata wang.

Katanya, tidak boleh mana-mana pihak mengganggu perjalanan siasatan SPRM dan juga memberi tekanan kepada gabenor Bank Negara kerana  tindakan tersebut memberi kesan kepada ekonomi.


"Negara memerlukan kejuruteraan kewangan baharu yang stabil dan kuat  untuk memulihkan kemerosotan nilai ringgit bagi mengembalikan keyakinan orang awam, pihak swasta dan juga pelabur.


"Kita keyakinan rakyat  kian luntur  menyebabkan nilai ringgit jatuh, pelaburan luar negara (FDI) merosot begitu juga dengan kadar pengangguran dan ini akan memberikan kesan buruk kepada ekonomi," katanya ketika ditemui di majlis perasmian ibu pejabat baharu Syarikat Kumpulan Naza TTDI, di sini, hari ini.


Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, oleh sebab itu beliau sebelum ini mengeluarkan kenyataan supaya siasatan SPRM tidak diganggu.


"SPRM selaku badan bebas perlu diberi ruang untuk menyiasat demi mencari keadilan dan kebenaran. Sekiranya anggota perkhidmatan awam, institusi seperti SPRM juga menjadi buruan bagaimana rakyat nak yakin?


"Tidak boleh mana-mana pihak mengganggu perjalanan siasatan SPRM begitu juga tekanan yang diberikan kepada Gabenor Bank Negara. Itu memberi kesan kepada ekonomi kerana tindakan dan ugutan terhadap pihak ini akan memberi kesan kepada sistem kewangan kita," katanya.


Menurut beliau, negara wajar menyelesaikan krisis kepimpinan dan pengurusan kewangan dengan formula agar keyakinan rakyat dan pelabur kembali seperti sedia kala.


Sementara itu, Azmin turut membidas kritikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang meminta beliau tidak memberi sebarang komen dalam tugas SPRM dan polis.


"Suruh beliau (Ketua Polis Negara) jawab pada rakyat, rakyat memerlukan penjelasan suruh beliau.

"Dana-dana ini harus diuruskan dengan baik dan bertanggungjawab secara telus dan terbuka bukan sorok, ini perlu dijelaskan kepada rakyat," katanya.


Terdahulu, Khalid dalam laman Twitternya meminta Azmin diam sekiranya tidak tahu hujung pangkal tugas polis dan SPRM lakukan agar tidak mengganggu tugas mereka.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.