Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INGATAN DARI KEKAS MENTERI KEWANGAN

Kabinet baharu diharap selesai krisis dalam negara
Tengku Razaleigh Hamzah
Tengku Razaleigh Hamzah
 
GUA MUSANG - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mahu barisan baharu Kabinet menyelesaikan segera semua krisis yang berlaku dalam negara ini.
  
Beliau berkata ini bagi mengelakkan rakyat menanggung beban kerana bimbang banyak masalah berkaitan kemajuan rakyat tidak dapat diselesaikan khususnya kenaikan harga barang dan peluang pekerjaan.
  
"Rombakan Kabinet baru-baru ini (28 Julai lepas) adalah hak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana team baharu yang dilantik itu mengikut kesesuaian di bawah pentadbirannya (Najib)," katanya.
  
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Aidilfitri Majlis Belia Kelantan (MBK) di Bukit Chekati di sini, hari ini, beliau turut mengharapkan barisan baharu Kabinet itu mendapat sokongan rakyat khususnya dari segi pembelaan kepada kehidupan mereka.
  
Rombakan Kabinet itu menyaksikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin di samping tujuh menteri dan sembilan timbalan menteri baharu. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.