Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ISH-ISH RAMAINYA ! ATE ??? PAS KAWASAN SHAH ALAM BUBAR KE ??? LUMPUH KE ???

 18 AJK Pas Shah Alam letak jawatan

Pas
SHAH ALAM - Lapan belas anggota jawatankuasa Pas kawasan Shah Alam meletak jawatan dan dijangka akan menyertai Gerakan Harapan Baharu.
 

Mereka termasuk yang Dipertuanya, Azli Yusof, Timbalan Yang Dipertua Zulkifli Mohd Nani, Naib Yang Dipertua Mohamad Jamil Abd Rahim dan Ketua Pemuda Helmi Radzuan.

 

Mereka mengikut jejak beberapa pemimpin Pas kawasan Kota Raja, Klang dan Kapar yang meletak jawatan semalam.

 

Dalam satu kenyataan bersama, mereka berkata peletakan jawatan itu bukan bertujuan untuk melemahkan jentera Pas di Shah Alam, tetapi bagi menyertai usaha memperjuangkan Islam melalui wadah yang lebih diyakini.

 

"Peletakan jawatan ini telah dimaklumkan secara rasmi dalam Mesyuarat Pas Kawasan Shah Alam semalam," kata mereka dalam kenyataan menerusi WhatsApp  hari ini.

 

Gerakan Harapan Baharu dilaporkan akan menubuhkan parti baharu hujung bulan ini.       

 

Semalam, Anggota Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud meletak jawatan sebagai Naib Yang Dipertua Pas kawasan itu berkuat kuasa serta-merta.

 

Turut berbuat demikian ialah 183 pemegang jawatan dari pelbagai peringkat termasuk yang Dipertua kawasan itu Jaafar Samsudin.

 

Tiga AJK kawasan Pas Klang dan tiga AJK kawasan Pas Kapar juga meletakkan jawatan. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.