Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

kali ni ramai kot, sbb umno ikut selit sama !

Bersih ganggu persiapan sambutan Merdeka
BERSIH 2.0
Himpunan Bersih 2.0
 
KUALA LUMPUR - Larangan pihak berkuasa terhadap penganjuran himpunan Bersih 4.0 yang bakal diadakan di beberapa lokasi utama di sekitar ibu kota pada 29 Ogos hingga 30 Ogos ini disifatkan sebagai satu tindakan wajar oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Ini kerana menurutnya, beberapa lokasi himpunan Bersih seperti di Padang Merbok dan Dataran Merdeka akan digunakan sepenuhnya untuk persiapan sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini.

"Polis sudah mengeluarkan amaran untuk tidak membenarkan himpunan Bersih diadakan di sekitar Dataran Merdeka dan Padang Merbok kerana lokasi tersebut akan digunakan untuk menyambut kemeriahan Hari Merdeka pada 31 Ogos nanti.

"Ia satu keputusan yang wajar. Kebiasaannya persiapan sambutan Hari Merdeka akan mengambil masa beberapa hari sebelum sambutan diadakan. Mereka akan adakan latihan dan sebagainya. Jadi himpunan tersebut akan mengganggu persiapan Hari Merdeka," katanya.

Menurut Nur Jazlan lagi, strategi pengawasan himpunan tersebut akan memakan sejumlah perbelanjaan yang besar.

"Kos akan diperlukan untuk mengawasi pergerakan dan dalam masa yang sama dan untuk memastikan semua persiapan tidak terjejas.

"Kita mengambil kira sekali jumlah tenaga kerja (pihak berkuasa) yang diperlukan untuk mengawal keadaan dan sebarang kemungkinan yang akan berlaku nanti," katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.