Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KERAJAAN PERLU DEDAH NAMA

Tangkap saja siapa terlibat mahu guling kerajaan
Datuk Jumat Idris
Datuk Jumat Idris
SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu mendedahkan siapa sebenarnya ahli parlimen BN yang dikatakan sedang melakukan gerakan guling kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Jumat Idris berkata, sebagai Menteri Dalam Negeri beliau lebih mengetahui siapa yang terlibat.


“Pada saya, tangkap individu didakwa terlibat (mahu guling kerajaan) itu, selesai masalah kerana Datuk (Seri Dr Ahmad) Zahid yang dedahkan perkara ini.


“Datuk (Seri Dr Ahmad) Zahid lebih tahu kerana kepakarannya,” katanya kepada Sinar Online.

[ARTIKEL BERKAITAN: Guling kerajaan: Saya akan buat solat hajat!]

Beliau berkata demikian bagi mengulas nama-nama 20 ahli parlimen BN yang dikatakan berkomplot untuk menggulingkan kerajaan di bawah pimpinan Najib mula tersebar hari ini.


Selain Jumat, antara nama lain yang tersenarai ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh), Datuk Seri Shafie Apdal (Semporna), Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong), Datuk Aziz Sheikh Fadzir (Kulim), Datuk Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan) dan Khairy Jamaluddin (Rembau).


Katanya, viral berkenaan tidak benar kerana ada antara mereka telah menjawat jawatan menteri.

“Semua ini hanya gimik politik saja,” katanya.


Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat ahli parlimen BN yang menjadi dalang mengumpulkan sokongan dan membuat akuan bersumpah menggulingkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.


Bagaimanapun semalam, Ahmad Zahid menjelaskan gerakan tersebut tidak melibatkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan daripada kepimpinan Kabinet baru-baru ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.