Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KESABARAN PAS LUAR BIASA, MENYEBABKAN AHLI NAIK MUKA


Datuk Takiyuddin Hassan
Datuk Takiyuddin Hassan
 
 
KOTA BHARU - Pas tidak teragak-agak mengambil tindakan mengikut perlembagaan parti sekiranya mendapati masih ada ahli yang cuba mensabotaj atau melakukan tindakan yang boleh melemahkan parti Islam itu.
 
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, jika mereka tidak lagi yakin dengan parti itu dan tidak mahu memegang amanah serta tanggungjawab yang diberikan, mereka boleh membuat keputusan berundur secara terhormat.
 
“Kita bagi amaran kepada ahli dan juga mana-mana pemimpin yang memegang jawatan tidak kira mana peringkat, jangan cuba sabotaj atau melemahkan parti. Jawatan yang dipegang adalah pilihan yang diputuskan melalui mesyuarat agung, maka ia adalah satu amanah.
 
“Jika mereka rasa sudah tidak mampu pegang tanggungjawab tersebut, mereka perlulah bersikap profesional. Kita tidak pernah menghalang, itu adalah hak ahli,” katanya, semalam.
 
Menurutnya, sehingga kini pihaknya menerima 10 aduan mengenai kes yang melibatkan sabotaj parti dan Kelantan hanya mencatat satu kes berbanding beberapa negeri lain yang melebih tiga kes.
 
Beliau berkata, pihaknya juga akan menyiasat dan mendapatkan bukti kukuh sebelum mengambil apa-apa tindakan terhadap aduan yang diterima bagi memberi keadilan yang sewajarnya kepada pengadu.
 
“Kita tidak akan terburu-buru dalam membuat keputusan, aduan yang diterima akan disiasat dengan baik, bila semuanya sahih, bukti kukuh, baru kita buat keputusan yang sepatutnya,” katanya.
 
Dalam masa sama, beliau turut mengulas tindakan 13 Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda Pas Shah Alam yang mengumumkan peletakan jawatan mereka di peringkat kawasan, kelmarin.
 
Takiyuddin berkata, Pas menghormati tindakan tersebut kerana ia merupakan hak ahli sama ada untuk berhenti, meneruskan perjuangan ataupun keluar dari parti.
 
“Walaupun diakui kita sedih dengan perkara ini, namun itu hak mereka. Kalau rasa tidak selesa lagi dengan Pas, maka mereka berhak membuat keputusan begitu.
 
“Ada yang bertanya, bagaimana dengan mereka yang isytihar ahli Pas seumur hidup, jawapan saya, itu urusan beliau dengan Allah, saya doakan selamat maju jaya,” katanya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Ooooo,Pandai pula kau tahu tentang kesabaran,selama ini golongan hularmak kau menghina,mendoa musnah ,memfitnah,mengebooo peminpin yang tak disuka tak apa pula,mengapa ? kau ingat peminpin yang mereka hina itu tidak ada perasaan ke? pukimak punya peminpin pas dan bloger Pas ni.Kalau dah rasa kuat ,kau suruh peminpin ulamak kau tu buang je mereka dari Pas,Tak habis2 dengan ancaman .Aku mohon pada Allah agar kumpulan ini dan bloger pas ini mendapat balasan setimpal apa yang dilakukan selama ini kepada kumpulan yang mereka hina.

Anonymous said...

Ha ha ha ..... PAS dah jadi kaki putar dan tak boleh dipercayai lagi ...... nak pecat ahli pon orang tak kesah ...... kesian ....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.