Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Ketahanan sistem kewangan suku kedua kekal utuh
Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz
Dr Zeti Akhtar Aziz
 
KUALA LUMPUR - Ketahanan sistem kewangan kekal utuh pada suku kedua walaupun berlaku turun naik berterusan dalam pasaran kewangan global dan domestik.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, pasaran kewangan domestik terus berfungsi secara teratur pada suku berkenaan.
 
"Dengan gabungan mudah tunai domestik yang terus mencukupi serta kekukuhan institusi, aktiviti pengantaraan kewangan terus berfungsi dengan cekap untuk menyokong keperluan pembiayaan dan kewangan ekonomi domestik," katanya ketika mengumumkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku kedua di sini, hari ini.  
 
Dalam jangka terdekat, katanya, kestabilan sistem kewangan domestik dijangka dikekalkan, dengan itu menawarkan sokongan berterusan kepada aktiviti sektor sebenar di tengah-tengah persekitaran operasi yang mencabar.
 
Pada suku kedua, permodalan bank dikekalkan pada paras yang kukuh.
 
"Ujian stres yang dijalankan bank juga telah menunjukkan bank dan syarikat insurans dijangka terus mempunyai modal yang cukup di bawah senario simulasi aliran keluar portfolio yang ketara," kata Zeti.
 
Pada akhir suku kedua, nisbah modal peringkat-1 ekuiti bersama, nisbah modal peringkat-1 dan jumlah nisbah modal sudah melepasi paras kawal selia minimum masing-masing pada 12.3 peratus, 13.1 peratus dan 15.2 peratus. 
 
Lebih 80 peratus jumlah modal bank adalah berkualiti tinggi merangkumi perolehan tertahan, modal berbayar dan rizab manakala penampan modal sistem perbankan dikekalkan lebih RM100 bilion.
 
Dengan itu nisbah kecukupan modal untuk sektor insurans kekal kukuh pada 239.1 peratus berbanding 245.7 peratus pada suku pertama dengan penampan modal lebih RM28.5 bilion. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.