Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LIWAT, KES TIDAK BERKESUDAHAN

Pengurusan kes Anwar ditetapkan 20 Ogos

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
 
PUTRAJAYA - Permohonan semakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan liwat ditetapkan bagi pengurusan kes selanjutnya pada 20 Ogos ini.
  
Permohonan Anwar supaya keterangan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusuff diterima sebagai bukti dalam semakan sabitan kerana meliwat juga ditetapkan bagi pengurusan kes pada hari yang sama.

Permohonan itu didengar di hadapan Timbalan Pendaftar, Mohd Izuddin Mohamad bagi pengurusan kes hari ini yang kemudian menetapkan tarikh baharu bagi pengurusan kes.
  
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Hanafiah Zakaria memberitahu pemberita bahawa beliau telah memaklumkan kepada timbalan pendaftar bahawa Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan mewakili pihak pendakwaan dalam permohonan semakan Anwar.
  
Peguam Latheefa Koya, yang menghadiri prosiding pengurusan kes berkata, kedua-dua pihak memohon tarikh selanjutnya bagi pengurusan kes untuk membolehkan mereka mengesahkan tarikh supaya peguam tidak mempunyai kes lain untuk dikendalikan.
  
Latheefa, N. Surendran dan Shahid Adli Kamaruddin mewakili Anwar.
  
Anwar, 67,  sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 30.
  
Dia dikatakan melakukan kesalahan itu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
  
Anwar mengemukakan permohonan semakan pada 30 April lepas dengan memohon Mahkamah Persekutuan menggunakan Peraturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 untuk mengkaji keputusan panel lima anggota Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhi oleh Mahkamah Rayuan.
  
Selain itu, beliau juga mahu Mahkamah Persekutuan mendengar semula rayuannya berdasarkan merit.
  
Pada 10 Jun lepas, Anwar mengemukakan permohonan supaya keterangan lisan Ramli diterima oleh Mahkamah Persekutuan dan seterusnya diterima sebagai bukti dalam prosiding mendengar permohanan semakan.
  
Ramli memberi keterangan pada kes saman sivil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menyokong pembelaan (Anwar) bahawa beliau adalah mangsa konspirasi politik dan pemalsuan bukti.

Panel hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menolak rayuan akhir Anwar terhadap sabitan dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhi oleh Mahkamah Rayuan.

Pada 7 Mac, tahun lepas, Mahkamah Rayuan menukar keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar selepas dia dipanggil membela diri. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.