Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LOW YAT 2 DI BANGUNAN MARA TINGKAT 3, TUMPANG POPULARITY ?


Sebut 'Low Yat 2' supaya rakyat boleh gambarkan
Ismail Sabri Yaakob
 
 
SHAH ALAM - Menjelaskan mengenai cadangannya berkaitan isu 'Low Yat 2' baru-baru ini, Menteri  Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia tiada kaitan dengan isu perkauman. 
 
Malah menurut Ismail Sabri, ruang niaga yang akan terletak  di tingkat tiga bangunan ibu pejabat Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu,  tidak akan dinamakan 'Low Yat 2'.
 
Jelasnya lagi, tujuan beliau menyebut 'Low Yat' ialah supaya orang ramai dapat menggambarkan rupa bentuk premis itu.
 
"Jika saya hanya sebut kita mahu buka tempat telekomunikasi untuk usahawan, mereka tidak boleh menggambarkannya.
 
"Tujuan menyebut Low Yat adalah untuk mereka menggambarkan apa yang kita akan buat," katanya sambil menambah Low Yat terkenal sebagai gedung menjual peralatan elektronik.
 
Sebelum ini, Ismail Sabri mencadangkan pembukaan sebuah pusat jualan dan borong alat telekomunikasi yang menyamai fungsi Plaza Low Yat, di ibu negara.
 
Pembukaan pusat itu turut diharap akan dapat memenuhi keperluan orang ramai yang sebelum ini hanya tertumpu di Plaza Low Yat.
 
Mengikut pelan yang dicadangkan, Low Yat 2 akan ditempatkan di Tingkat 3 Bangunan Mara selepas kawasan itu diubahsuai dan direka khas untuk menyediakan ruang niaga bagi pembekal alat telekomunikasi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.