Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAHADHIR KEMBALI


Singkirkan individu punca krisis, kata Tun M
Mahathir Mohamad
Mahathir Mohamad
 
KAJANG - Krisis yang dihadapi negara ketika ini hanya boleh diselesaikan dengan menyingkirkan individu yang menjadi puncanya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu berkata, perkara tersebut bukanlah mudah untuk dilakukan.

"Krisis sekarang, penyelesaiannya mudah tapi susah iaitu singkirkan individu yang menyebabkan krisis. Masalahnya ialah bagaimana untuk melakukannya?

"Mengenai itu... saya tiada jawapan," katanya ketika menjawab soalan salah seorang peserta  dalam sesi soal jawab di Pesta Minda Malaysia ke-11 di Universiti Tunku Abdul Rahman, di sini, hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya dalam sidang media sama beliau merujuk punca itu krisis kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau berkata, "adakah ada orang lain?".

Menurut beliau, gesaan untuk Najib berundur telah disuarakan oleh ramai rakyat termasuk ahli Umno.

Bagaimanapun, Dr Mahathir mendakwa, Najib tidak akan sesekali berundur kerana beliau telah berjaya 'membeli' sokongan rakyat.

"Orang Umno cakap mereka tidak puas hati dengan kepimpinan Najib dan minta beliau berundur. Tetapi Najib enggan hanya kerana beliau sudah beri duit kepada semua orang untuk membeli sokongan. Itu salah," katanya.

Dakwa beliau lagi, Najib sendiri telah mengakui memberi wang kepada pemimpin Umno agar memberi sokongan kepadanya.

"Banyak ketua bahagian, ahli Dewan Rakyat dan yang pegang jawatan lain, ketua perhubungan, Najib sendiri jemput mereka untuk beri penerangan. Najib mengaku beliau sudah bagi duit, jadi kenapa mereka tak nak sokong beliau?

"Dia kata duit itu bukan saja dia guna tapi orang lain pun dapat juga. Mungkin sebab dah dapat duit mereka sokong Najib.

"Contohnya PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) sebelum ini bukan main gagah lagi nak siasat. Dapat jadi timbalan menteri terus berhenti (siasat)," katanya.

Namun, ketika ditanya sama ada beliau memiliki bukti atas dakwaannya, Dr Mahathir hanya berkata tiada.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.