Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MASA UNTUK BERTINDAK


Friday, August 14, 2015

Panas; Tun M dan Ku Li bersatu menyerang menjatuhkan Najib !! - suarakami



Dalam politik apa sahaja boleh berlaku. Musuh masa lalu boleh menjadi kawan pada masa ini, serta sebaliknya.

Begitu yang dilihat berlaku dalam perkembangan politik terkini apabila Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah dikatakan telah mengadakan pertemuan awal minggu ini.

Tindakan itu meningkatkan spekulasi berkaitan langkah mereka bersama terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang sedang berdepan krisis kepercayaan awam ekoran dakwaan skandal 1MDB.

Sumber yang rapat dengan Mahathir, perdana menteri paling lama dalam sejarah Malaysia, mengesahkan bahawa pertemuan itu berlangsung pada Selasa tetapi tiada butiran lain diketahui setakat ini.

Pertemuan itu turut dilaporkan oleh Asia Sentinel yang mendakwa ia berkaitan pembentukan kerajaan perpaduan untuk mengetepikan Najib.

“Terdapat kemelut kepimpinan di Malaysia dan muafakat dicapai hanya seorang sahaja calon untuk tamatkannya.

“Orang itu ialah Ku Li (Razaleigh), satu-satunya jalan,” seorang rakan Razaleigh yang tidak dinamakan dipetik sebagai berkata.

Halangan terbesar, menurut analisis Asia Sentinel, dalam isu undi tidak percaya di parlimen.

Menurut portal berita itu, kedua-dua mereka percaya terhadap sokongan bulat pembangkang, yang menguasai 89 daripada 222 kerusi, walaupun undi PAS masih boleh dipersoal.

BN memiliki 132 kerusi dengan 88 daripadanya milik Umno.

Selain itu, kata Asia Sentinel lagi, satu lagi halangan yang mungkin wujud daripada speaker dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Mahathir, 90, dan Razaleigh, 78, pernah menjadi musuh dalam perebutan kerusi presiden Umno pada 1987.

Pertembungan itu menyebabkan lahirnya parti serpihan Semangat 46. Parti Melayu itu bagaimanapun kemudian dibubarkan dan Razaleigh kembali menyertai Umno.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.