Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAT SABU NAK TAWAN JOHOR

Johor platform terbaik buat GHB luaskan pengaruh - Mat Sabu

Johor platform terbaik buat GHB luaskan pengaruh - Mat Sabu
MAT SABU: Johor begitu berpotensi, baik untuk Pakatan Rakyat baharu bersama GHB untuk menang dalam pilihan raya akan datang kalau dibandingkan dengan negeri-negeri lain. -Gambar fail
 
JOHOR BAHRU: Gerakan Harapan Baru (GHB) yakin bahawa Johor merupakan platform terbaik untuk meluaskan pengaruh dan dasar perjuangannya.

Pengerusi GHB Mohamad Sabu berkata demikian apabila diminta mengulas tentang prospek gerakan tersebut di negeri yang dianggap sebagai kubu kuat UMNO.

"Johor begitu berpotensi, baik untuk Pakatan Rakyat baharu bersama GHB untuk menang dalam pilihan raya akan datang kalau dibandingkan dengan negeri-negeri lain.


"Perubahan sikap rakyat Johor begitu ketara sekali. Ini pula ditambah dengan pergolakan politik terutamanya selepas pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin (daripada Kabinet)," kata Mohamad yang lebih mesra dikenali sebagai Mat Sabu.

Tambahnya, generasi muda Johor yang bekerja di Kuala Lumpur, Singapura dan di luar negeri mula mahukan perubahan.

Mat Sabu ditemui wartawan selepas menghadiri Jamuan Raya GHB di Taman Universiti, Johor Bahru.

Dalam majlis itu, turut diperkenalkan beberapa nama individu profesional dan tokoh ilmiah negeri bagi membantu gerakan tersebut di Johor iaitu Dr Sulaiman Mohd Nor, Dr Ali Abdul Rahman, Zainal Abidin Sidi dan Dr Mazlan Jam'an.

Acara tersebut turut dihadiri barisan jawatankuasa GHB pusat, pemimpin DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri.

1 orang berkata:

XUMNO said...

Kik, Kik, Kik, Kik. Mat Sapu, Mat Sapu. Kalau simpan angan2 tu biarlah kena tempatnya. Janganlah sebab Mahyuddin dipecat sebagai TPM dan ada dua tiga orang bekas pemimpin Frust Pas dari Johor seperti Salahuddin dan Mazlan Aliman (tak pernah menang pun di Johor masa dalam Pas) dah jadikan modal orang melayu umno Johor nak sokong Gulongan Haprak BaruaDap (GHB)! Janganlah perkecilkan mentaliti orang Johor yang dah berpuluh tahun masak dengan politik. Kalau katakan orang melayu Johor beralih selera pun tentulah mereka pilih parti islam yang ramai alim ulamak sebagai pemimpinnya kerana rata2 orang Johor mengaji agama sejak di bangku sekolah lagi. kalau ketagih sangat nak menang dan jadi wakil rakyat, puak2 GHB bolehlah minta ihsan bos Dap berikan satu dua kerusi Dap, itupun dengan syarat mengaku islam yang nak dibawa oleh GHB adalah islam yang diredhai oleh Dua Beranak Cina Dap.Maaflah terpaksa gunakan bahasa kesat, sebab kumpulan ini tak reti bahasa. Suruh keluar Pas tak mahu, suruh pulangkan balik kerusi Adun dan MP yang dimenangi hasil titik peluh ahli Pas pun liat, tapi ke hulu ke hilir burukkan Pas.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.