Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MELAYU TAK PERLU HIDUP BERWAWASAN SEBAB TIADA MARUAH


 Masih ada Wawasan 2020 untuk Malaysia?


Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim


SHAH ALAM - ‘Apa Khabar Malaysia? Masihkah ada Wawasan 2020?’. Demikian soalan yang dibangkitkan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai kemelut yang melanda negara ini.

Menurutnya, siasatan terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad semakin hilang momentum semenjak pengguguran bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


“Salah seorang ketua penyiasat Pasukan Petugas Khas iaitu bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dipecat (ditamatkan perkhidmatan) bersama Muhyiddin. Laporan Ketua Audit Negara terhadap 1MDB kekal rahsia daripada pandangan awam, entah sampai bila.


“Jawatankuasa Kira-Kira Wang Malaysia (PAC) pula dilumpuhkan dan mesyuarat ditangguhkan. Siasatan terhadap bos-bos besar 1MDB tidak dapat dilakukan. Laporan berkala Pasukan Petugas Siasatan Khas tiba-tiba hilang daripada pandangan,” katanya dalam Facebooknya, hari ini.


Dalam status sama, beliau menyebut juga soal ‘gangguan’ terhadap pihak-pihak yang terbabit dalam penyiasatan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


“Polis pula bergerak menahan para pegawai di Pejabat Peguam Negara, SPRM dan Bank Negara atas tuduhan kebocoran maklumat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan bagi kegiatan yang menjejaskan demokrasi berparlimen.


“Pesuruhjaya SPRM, juga salah seorang ketua penyiasat Pasukan Petugas Khas, tiba-tiba bercuti. SPRM kemudian membuat pengumuman RM2.6 bilion yang berada di akaun perdana menteri rupanya hasil derma. Mengapa ada orang sanggup derma RM2.6 bilion masih belum terjawab.


“Selepas itu, Pasukan Petugas Siasatan Khas pula dibubarkan. SPRM terpaksa buat solat hajat kerana mereka pula yang disoal siasat.


“Rakyat masih terkejut dengan kata-kata Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin, ‘saya rasa pihak polis tak akan buat kerja gila begini kecuali ada pihak lain memaksa mereka melakukannya’,” katanya.


Beliau turut mendakwa di saat semuanya tidak menentu, hanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dapat meneruskan khidmatnya tanpa gangguan.


“Bank Negara pula bagai kehilangan suara. Tak pasti apa khabar Gabenornya, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz? Rakyat pula sudah tentu berduka kerana nilai harta mereka terus susut kerana ringgit mereka semakin kecil.


“Yang pasti, hanya khabar baik buat perdana menteri. Rasanya hanya beliau seorang yang dapat meneruskan kerjanya bagai tiada apa yang berlaku. WSJ (Wall Street Journal) masih tidak disaman. Apa khabar Malaysia? Masihkah ada Wawasan 2020?,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.