Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Monday, August 10, 2015

Wanita UMNO Pasir Gudang Yang Serah Memo Kepada Najib Akan Dikenakan Tindakan Disiplin?


Laporan mengenai '107 Cawangan Umno dari Bahagian Pasir Gudang minta Najib berehat dari jawatan' telah disiarkan oleh Malaysia Gazette semalam.. tapi hari dah tak ada..

Walaupun begitu ianya telah disiarkan kembali oleh beberapa buah Blog samada Pro UMNO mahupun Pro Pembangkang dan juga laman Facebook.

Wanita Umno Pasir Gudang dari Cawangan Mawar yang menyerahkan memorandum kepada Najib yang merasmikan mesyuarat parti di Pasir Gudang, hari ini dilaporkan mungkin akan dikenakan tindakan disiplin.

Berikut adalah laporannya..
JOHOR BAHRU, 10 Ogos: Tindakan disiplin akan diambil ke atas ahli Wanita Umno Pasir Gudang yang menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang merasmikan mesyuarat parti di Pasir Gudang, semalam.  
Difahamkan, Wanita Umno berkenaan yang juga pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) negeri Johor yang bertugas untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas.  
Kerusi DUN Permas dipegang oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang juga ketua bahagian Pasir Gudang. Gambar Norwati bersama memorandum, yang dikatakan disokong oleh 107 ketua cawangan Umno, dari bahagian Pasir Gudang, disebar di Facebook, sejak lewat petang semalam.  
Memorandum yang mempunyai 12 usul itu antaranya, meminta Najib berehat dari jawatan, diserahkan secara peribadi kepada presiden Umno selepas beliau merasmikan mesyuarat bahagian Pasir Gudang, semalam.  
Sumber yang dekat dengan JASA berkata, mengikut peraturan, pegawai berkenaan mungkin berdepan dengan tindakan disiplin dan tatatertib susulan tindakan beliau.
“Sebagai pegawai kerajaan di agensi penerangan, penglibatan beliau dalam parti politik perlu mendapat kebenaran dari ketua pengarah jabatan,” kata sumber kepada The Rakyat Post.  
Sumber mendedahkan pegawai yang mempunyai 10 tahun pengalaman bersama jabatan sepatutnya faham dengan tatakelakuan sebagai penjawat awam di mana beliau turut berurusan dengan Najib, bukan sahaja presiden Umno tetapi juga perdana menteri negara.  
“Kami masih menunggu arahan dari ibu pejabat sekiranya siasatan akan dibuat ke atas pegawai berkenaan,” katanya.  
Terdahulu, dalam majlis berbeza, setiausaha Umno Johor, Md Jais Sarday berkata, beliau tidak nampak apa-apa masalah untuk ahli parti menyerahkan memorandum kepada pemimpin tertinggi.  
“Saya percaya, ahli parti mempunyai hak untuk berbuat demikian,” katanya selepas melancarkan resepsi Aidilfitri Jbiotech UTM-MTDC di Skudai, hari ini.  
Namun, Jais mempertahankan prinsip Umno Johor supaya setia kepada presiden parti seperti yang disebut oleh ketua jawatankuasa perhubungan negeri, Khaled.  
Sementara itu ketika dihubungi, jurucakap pejabat Umno Johor berkata, mereka akan menyiasat dakwaan sekiranya ada ahli jawatankuasa Bahagian Pasir Gudang yang bertindak di luar peraturan parti, semalam lapor The Rakyat Post

Serah memorandum pun nak dikenakan tindakan?.. bagus..

Berikut adalah laporan dari Malaysia Gazette mengenai insiden tersebut..
Norwati Abdul Manaf menunjukkan memorandum yang diserahkan kepada Najib Razak selepas mesyuarat UMNO Bahagian Pasir Gudang. 
Ingatkan selepas ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hati ahli-ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang berubah tidak jadi hantar memorandum. 
Rupa-rupanya niat itu diteruskan juga dan berwakilkan Ahli Jawatankuasa Bahagian, Norwati Abdul Manaf, memorandum yang mengandungi 12 perkara itu diserahkan ke tangan Najib sendiri selepas perasmian Persidangan UMNO Bahagian Pasir Gudang pagi tadi. 
"Kami terima apa juga yang diucapkan Najib tetapi kami dari 107 cawangan dah bulat hati untuk tetap menghantar memorandum ini. 
"Dua perkara yang penting adalah meminta Najib berehat dari jawatannya dan membatalkan penangguhan pemilihan parti yang diumumkan selama 18 bulan itu," katanya kepada wartawan MalaysiaGazette. 
Norwati yang juga Ketua Wanita cawangan Mawar selanjutnya berkata, pemilihan kepimpinan parti perlu disegerakan. 
"Kalau Najib kata ada tiga juta ahli yang menyokongnya, kami harap dia adakan pemilihan secepat mungkin. Tak payah tangguh. 
"Kami adalah ahli UMNO yang juga mempunyai hak untuk bersuara demi kebaikan parti," katanya. 
Norwati berharap Najib selaku Presiden UMNO dapat mempertimbangkan memorandum yang diserahkan sebaik mungkin. 
"Kami buat bukan suka-suka sendiri. Sebelum diserah kepada Najib, kami tunjuk dulu kepada 'bos' kami, Datuk Seri Khaled Nordin. 
"Bila dah dapat lampu hijau, kami tak ragu-ragu lagi untuk serah," ujarnya ~ MalaysiaGazette

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.