Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Muhyiddin, Menteri Besar Selangor dan Lim Guan Eng Nak jatuhkan Najib ???


Muhyiddin Yassin
Muhyiddin berucap pada perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Petaling Jaya Utara 2015, Ahad. - Foto Bernama


PETALING JAYA - Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau tidak pernah bersekongkol dengan pembangkang untuk menumbangkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, selaku orang nombor dua dalam parti yang ditunjangi orang Melayu itu, adalah tidak munasabah untuk beliau berbuat demikian.


"Saya tidak ada komplot untuk tumbang perdana menteri dengan bersekongkol dengan Menteri Besar Selangor (Mohamed Azmin Ali) dan Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang)... kedua-dua telah nafi dan saya tidak perlu nafi atau cakap kerana saya tidak terlibat," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Petaling Jaya Utara di sini, hari ini.


Muhyiddin berkata, beliau yang berada dalam Umno selama lebih 40 tahun nekad untuk menggalas amanah dan tanggungjawab sebagai timbalan presiden bagi meneruskan perjuangan membela orang Melayu.


Beliau seterusnya mengingatkan anggota Umno terutama di Selangor supaya tidak mudah mengaku kalah untuk menguasai semula negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.   


Merujuk kepada pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi Umno, Muhyiddin berkata, anggota parti terutama sayap Pemuda perlu mengutamakan soal kepentingan perjuangan parti melebihi pangkat dan jawatan yang disandang.


"Tugas kita untuk selesai cari jalan isu-isu seperti GST (Cukai barang dan Perkhidmatan), pengangguran anak-anak muda, kenaikan harga kos barang selain dibebani masalah lain yang berlegar dan membawa beban," katanya.


Kepada pimpinan Pemuda yang mempunyai idealisme baharu itu, beliau menasihatkan golongan itu supaya menggunakan platform yang tepat bagi mengutarakan isu dan pandangan selaras dengan perkembangan arus semasa.


"Malaysia mampu menjadi sebuah negara maju, namun ia memerlukan komitmen keseluruhan kepimpinan terutama golongan muda yang berani dan tegas," katanya. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.