Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
 
MUAR - Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin kesal campur tangan menghalang Pasukan Petugas Khas untuk menjalankan siasatan berhubung kes berkaitan 1MDB. 
 
Muhyiddin berkata, pasukan itu perlu diberikan kebebasan penuhn dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab merungkai permasalahan yang ada.

“Peranan institusi ini untuk menaikkan martabat dan maruah negara dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab dengan baik bagi menegakkan keadilan.

“Pada masa yang sama, (ia) melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dan negara, secara keseluruhannya menjadikan Malaysia sebagai negara bermaruah dan bermartabat,” katanya.

Muhyiddin berkata, pasukan itu mesti dibenarkan menjalankan tugas kerana yang lebih penting bukan kerja mereka tetapi hasil kepada kerja yang dilakukan, sama ada hasilnya baik ataupun sebaliknya.

“Rakyat hendak tahu masalah 1MDB ini dan saya rasa terpanggil untuk menyatakan kebenaran, menggunakan platform parti sebagai Timbalan Presiden Umno.

“Saya hairan apabila bos SPRM boleh melahirkan rasa marah dan kecewa kerana pejabat mereka digeledah untuk mencari maklumat siasatan yang bocor,” katanya.

Beliau berkata, perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana dalam agensi perlu saling hormat-menghormati, boleh jumpa ketua-ketua agensi untuk berbincang secara tertib serta berhemah.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.